My Followers

Tuesday, April 30, 2013

MINYAK PALING MENYIHATKAN DI DUNIA

MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa yang dara iaitu minyak dara yang diproses tanpa menggunakkan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi.

Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Antara kebaikan dan khasiatnya :
  1. Mengurangkan kadar kolestrol
    - ia sendiri tidak mengandungi kolesterol
    - oleh itu, ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
  2. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
    -anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
  3. Tubuh lebih tahan serangan penyakit
    -kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
  4. Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
    -ia mempercepatkan penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
  5. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
    -sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  6. Keadaan berdengkur akan hilang
    -kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
  7. Mengelakkan risiko sakit kanser-minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  8. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
    -
    mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.

Dan banyak lagi khasiatnya. Copy paste dari Catalyst Nutraceutical (M) Sdn Bhd

Monday, April 29, 2013

PELBAGAI KHASIAT BUNGA MAWAR




  1. Ia selamat di makan begitu sahaja. Minyak pati bunga mawar mengandungi geraniol dan limoneira yang berfungsi sebagai antiseptik pembunuh kulat penyebab keputihan dan menambah daya ketahanan tubuh.
  2. Sering digunakan dalam bentuk minuman untuk menyembuhkan penyakit berkaitan hati dan usus.
  3. Bunga mawar kering yang direndam dengan secangkir air panas serta sedikit gula batu mampu merawat batuk berdarah jika diamalkan secara berterusan.
  4. Amalkan memakan kelopak bunga mawar sejak usia remaja membantu meremajakan kulit dan menjadikan wajah awet muda.
  5. Manakala air rebusan bunga mawar jingga bersama daun lidah budaya pula berupaya melancarkan haid wanita.

Wednesday, April 24, 2013

LAIN-LAIN KHASIAT CENGKIH


  • Dapat menguatkan otot-otot perut.
  • Dapat menghilangkan pening-pening kepala
  • Dapat menghilangkan geriak atau lendir dalam tekak
  • Dapat menawar cacing dalam perut
  • Dapat menawar sakit perut
  • Dapat mencuci perut dengan melancarkan perjalanan lendir dalam usus dan juga dalam perut
  • Dapat menambah darah putih
  • Dapat membunuh kuman penyakit kolera
  • Dapat memanaskan badan
  • Dapat menambahkan denyutan jantung

MINUMAN CENGKIH YANG BERKHASIAT



Bahan :
  1. 1 sudu serbuk teh
  2. 5 kuntum bunga cengkih
  3. 1 teko air panas mendidih
  4. Gula secukup rasa
Cara :

Tuangkan air panas dalam teko, masukkan serbuk teh, kacau dan biarkan selama kira-kira 7 minit.

Kemudian bila ia kembang, masukkan bunga cengkih, kacau-kacaukan, dan masukkan gula, kacau-kacaukan lagi hingga gula hancur. Tapis dan sedap diminum di kala panas-panas.

Monday, April 22, 2013

QIZI SIHAT

EFEK DIURETIK ASPARAGUS


  1. Asparagus dapat memperbaiki dan meningkatkan fungsi ginjal serta kaya kandungan gizi.
  2. Efek diuretik dalam sayuran berbatang hijau ini juga membantu melancarkan saluran kencing.
  3. Memakan asparagus bukan sahaja menjadikan saluran urin lebih lancar tetapi turut berkesan dalam menghilangkan kristal ginjal dan batu karang.
  4. Asparagus turut mengandungi vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, zink, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflovin, niasin, zat besi, fosforos, potassium, tembaga, mangan dan selenium serta kaya akan serat semulajadi yang dapat melancarkan sistem pencernaan.

Sunday, April 21, 2013

PETUA PENYAKIT

    CARA ATASI GASTRIK
      
   Menjelang bulan puasa penghidap gastrik pasti berasa risau. Untuk mengatasi masalah sakit akibat gastrik, anda boleh merendamkan tiga biji kurma kedalam susu suam selama 10 minit sebelum berbuka puasa. Selepas masuk waktu berbuka puasa, ,makan kurma terlebih dulu disusuli air susu itu.

   BAWANG MERAH LEGAKAN  SELESEMA BAYI

    Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Kemudian letakkan sedikit minyak masak. Sapukan pada ubun2 bayi secara membulat. InyaAllah selesema akan mudah sembuh 

  ELAK SENGGUGUT

   Untuk mengelakkan kesakitan, campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.Pastikan kuantiti kedua dua bahan sama banyak.Makan selama seminggu sebelum haid.

Tuesday, November 6, 2012

PETUA UNTUK JERAWAT


1) PETUA HILANGKAN JERAWAT
->   Kisarkan daun & buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker & sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan 3-4 kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

2) PARUT JERAWAT @ CAMPAK
->   Untuk menghilangkannya, cubalah petua turun-temurun. Ambil segenggam daun cermai serta 2.5cm kunyit hidup & cuci bersih-bersih sebelum dimasukkan di dalam beras yang direndam semalaman. Kisar bersama secawan air. Sapu kisaran itu pada muka berparut & biarkan 30minit. Amalkan selalu. InsyaAllah selain menyejuk dan menyeri muka serta juga dapat menghilangkan parut campak & jerawat.

3) ATASI JERAWAT DENGAN PUTIH TELUR
->   Mula-mula cuci sehingga bersih wajah & setelah itu sapukan putih telur rata-rata. Sebaik-baiknya putih telur ayam kampung. Biar kering beberapa minit & bilas dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, insyaAllah wajah menjadi lembut, gebu & cerah.

Sunday, November 4, 2012

GIZI SIHAT


SAWI RAWAT PELBAGAI PENYAKIT




Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan sawi hijau adalah:-

1) BISUL
- Hanya dengan meminum 100ml jus campuran 25gm daun sawi segar bersama 125ml air sejuk 1 kali sehari, bisul yang dialami akan mengecut dan pulih dengan sendirinya.

2) SENGGUGUT
- Air rebusan daun sawi hijau segar yang kaya ekstrak klorofil jika diminum secara rutin dipercayai mampu mengatasi masalah senggugut pada wanita saat mengalami haid.

3) Sawi hijau juga dapat melancarkan air kencing dan radang ginjal.

Monday, October 29, 2012

JUS MANGGA


JUS MANGGA 
- Jus ini dapat membantu melegakan asma , bronchitas , sesak nafas & selsema.



*Gambar hiasan.

BAHAN-BAHANNYA:-
1 biji mangga masak
1 gelas air suam
1 sudu jus air limau nipis
2 sudu madu

CARA-CARANYA:-
- Kisar semuanya. Minum 2 kali sehari sehingga gejala penyakit hilang.



Saturday, October 27, 2012

PETUA PENYAKIT


1) PULIHKAN BATUK DENGAN SEGERA.
       Ambil 8 helai daun pudina & rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya, beberapa kali agar batuk anda tidak beterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan 8 helai daun pudina. 

2) ATASI SENGGUGUT DENGAN HALIA.
        Anda boleh mengurangkan kesakitan senggugut dengan mengambil segenggam halia & tumbuk sehingga lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam & biarkan halia tersebut mendap. Selawat  & minum air tersebut. Hasilnya kesakitan anda akan beransur hilang.

3) NILA UBATI PENYAKIT BEGUK.
        Penyakit beguk @ bengkak di bawah telinga dianggap penyakit bermusim & mudah berjangkit. Jika anda di antara ahli keluarga yang terkena penyakit ini , campurkan sedikit nila & cuka makan lalu sapu sekeliling telinga. InsyaAllah bengkak tersebut akan beransur hilang.   

Wednesday, October 24, 2012

6 MAKANAN ELAK SAKIT JANTUNG



1.    Makan 1 hidangan ikan dalam 7 hari mampu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung. Ikan boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 50%.
2.    EPAL (50%). Minum 12 auns jus epal @ makan 2 bij epal sehari. Mampu mengurangkan paras oksida kolesterol LDL. Epal juga berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.
3.    WALNUT (45%).
4.    MINYAK ZAITUN (40%). Ia ada 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol LDL tanpa menganggu HDL.
5.    KEKACANG (30%). Menghalang pembekuan darah & meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia sumber folik yang paling baik.
6.    OAT (29%). Penting untuk kesihatan sistem saraf. Membantu menurunkan tahap kolesterol & menguatkan sistem imun.

Thursday, October 18, 2012

TIP RAWAT PENYAKIT MULUT

(1). PENYAKIT : LIDAH TERBAKAR..

> Penyebab - Minuman & makanan panas seperti kopi, pizza & sup.
> Rawatan - Kumur mulut dengan 1 cawan air hangat bersama 1 sudu teh garam setiap hari.

(2). PENYAKIT : ULSER MULUT..
> Penyebab - Alahan terhadap makanan, stress & vitamin B.
> Rawatan - Elakkan makanan pedas & berasid. Campurkan 1 sudu garam & 1 sudu penaik di dalam 1 cawan air. Kumur 3-4 kali sehari.

(3). PENYAKIT : GUSI BENGKAK..
> Penyebab - Plak menimbun & makanan terselit di celah gigi & gusi.
> Rawatan -  Berus & flos gigi dengan bersih. Gusi akan berdarah tetapi ia membantu menyingkirkan makanan yang terselit & penyembuhan cepat.





Saturday, September 22, 2012

RESEPI HORLICK SPECIAL


SMOOTHIE PISANG HORLICKS


 
  
Gambar hiasan.

BAHAN-BAHAN:-
8 auns cecair susu sejuk-beku
1 biji pisang yang telah masak. Saiz sederhana (dibuang kulitnya & dihiris) 
1/4 cawan horlicks
1 sudu makan gula perang
1 sudu teh ekstrak vanila
4 kiub ais yang dihancurkan


CARA-CARANYA:-
1.   Gabungkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisarkan hingga lembut & berbuih.
2.   Hidangkan serta merta.

Friday, September 14, 2012

RESEPI MINUMAN


SIRAP BANDUNG LAICI








 *Gambar hiasan.

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan susu sejat penuh krim marigold        
1/2 cawan sirap laici                                      
1/2 cawan sirap ros
1 cawan ais
  
Pilihan Tambahan:-
 -sedikit buah laici   -sedikit cincau   -jagung krim manis

CARA PENYEDIAAN:-
1.   Masukkan ais ke dalam dua gelas tinggi bersama cincau, jagung krim manis dan buah laici. Kemudian, ketepikannya.
2.   Tuangkan susu sejat penuh krim marigold, ais, sirap laici dan sirap ros ke dalam pengisar.
3.   Kisar sehingga campuran menjadi halus.
4.   Kemudian, tuangkan ke dalam gelas tinggi tadi dan sedia untuk dihidang.


AIR KELAPA MUDA DENGAN LAICI
                                                                                                         
  *Gambar hiasan.

BAHAN-BAHAN:-
 1 biji kelapa muda
 1 tin laici

CARA MEMBUATNYA:-
1.   Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan masukkan ais.






Sunday, August 5, 2012

PETUA PENYAKIT

1- MENGURANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS

CARANYA:-
   Parut halus lobak putih dan embunkan semalaman atau simpan di dalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama hampasnya.
Amalkan cara ini selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh. Ia juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.




2-MENGHILANGKAN DEMAM KUNING BAYI

CARANYA:-
  Kisarkan daun kuchai. Ambil airnya lalu bilaskan pada tubuh bayi. Amalkan 2xkali sehari. InsyaAllah demam kuning akan sembuh.  





Thursday, August 2, 2012

. KHASIAT TERUNG .



 KHASIAT  TERUNG  SEBAGAI  PENAWAR  DALAM  PELBAGAI  PENYAKIT:--












1.MELAWASKAN  KENCING  -Selain kaya dengan serat terung juga boleh dikisar & di minum untuk melawaskan proses pembuangan air kencing.

2.MENGAWAL  TEKANAN  DARAH  TINGGI 
-Kandungan mineral fosfor & kalsium yang terkandung di dalam terung berupaya mengawal tekanan darah agar berada dalam keadaan stabil.

3.MENGHALANG KANSER & PENYAKIT JANTUNG
-Terung memiliki kandungan zat antioksidan yang dikenali sebagai monoterpene. Zat ini dipercayai dapat membantu melindungi tubuh daripada serangan kanser dan penyakit jantung.

Wednesday, November 16, 2011

TIPS 2

TIPS MENGGUNAKAN GARAM


  1. MENJERANG AIR
    -Sedikit garam yang dicampurkan ke dalam air yang dijerang boleh meningkatkan suhunya, sekali gus mengurangkan masa memasak.

  2. MENGUPAS TELUR
    -Telur yang direbus dalam air garam memudahkan proses mengupas kulitnya.

  3. MENGUJI KESEGARAN TELUR
    -Masukkan telur ke dalam air yang campur dengan sudu teh garam. Telur yang segar akan tenggelam, manakala telur yang lama akan terapung.

  4. MEMBERSIH SAYUR BAYAM
    -Jika sayur bayam dibasuh dengan garam, ia tidak perlu dibalas.

  5. MENYIMPAN SUSU SEGAR
    -Susu segar dapat bertahan lama dengan secubit garam yang dimasukkan ke dalamnya.

  6. MEMBERSIHKAN KOTORAN PADA CAWAN
    -Dengan menggosokkan garam, kotoran kopi atau teh yang degil dapat ditinggalkan.

  7. MERANGUPKAN SALAD
    -Salad yang digaramkan sejurus sebelum dihidangkan mempunyai rasa yang rangup.

  8. MENGHILANGKAN BAU BAWANG PADA TANGAN
    -Gosokkan tangan dengan garam yang dicampurkan dengan cuka bagi menghilangkan bau bawang pada tangan.

  9. MENCEGAH WARNA BUAH BERUBAH
    -Buah epal, pir dan kentang yang dimasukkan ke dalam air yang sejuk dan mengandungi sedikit garam dapat mengembalikan warna asal buah selepas dikupas.

  10. MENGATASI MASALAH SUP MASIN
    -Jika sup yang dimasak terlebih garam, masukkan kentang ke dalamnya untuk menyerap rasa masin tersebut.

Saturday, November 12, 2011

CARA LAIN

 Selain daripada petua-petua di bawah, anda juga boleh mencuba menggunakan FC BIO SANITARY PAD atau nama lain pad herba sebagai cara lain untuk menghilangkan penyakit-penyakit tersebut seperti menghilangkan jerawat, menghilangkan senggugut dan melancarkan haid ketika datang period, menghilangkan sakit pinggang, menghilangkan penyakit kulit seperti ekzema, boleh dijadikan seperti cool fever untuk kurangkan demam dan sebagainya.

Pad herba daripada produk AVAIL ini adalah salah satu cara untuk menghilangkan penyakit-penyakit tersebut. Apabila kita menggunakannya ia akan berasa berangin, sentiasa kering dan selesa dipakai tanpa rasa gatal dan baunya wangi dengan bau mint.



Pantiliner                                                  Night                                                             Day
  RM10                                                      RM12                                                         RM11

Tuala herba wanita ini membantu untuk :
  • senggugut
  • keputihan
  • berbau
  • kegatalan
  • sakit belakang
  • sukar mengandung
  • haid tidak stabil
  • kencing tidak lawas
  • FIBROID - KANSER
  • mengeluarkan darah beku
  • dan banyak lagi..........
  Kelebihan produk ini pula adalah :
  • mengandungi 17 jenis herba terpilih
  • 100% KAPAS
  • tiada bahan kimia / agen peluntur
  • berkualiti tinggi
  • jaminan insuran produk RM3juta
  • penggunaan yang lebih selesa
  • tahap piawaian makmal yang ketat

Ini adalah beberapa pakaj yang ditawarkan :
3 bungkus = RM 30

1 bundle = 20 bungkus
Pantiliners
RM 160

1 bundle = 20 bungkus
Day use
RM 180

1 bundle = 16 bungkus
Night use
RM 160

1 bundle = 18 bungkus
6 - pantiliners
6 - day use
6 - night use
RM 162

Reka Bentuk FC  Bio Sanitary Pad

Perbandingan antara FC Bio Sanitary Pad dan Tuala Wanita Biasa

Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi anak saya AMALINA di 013-9345973.....:)

Produk lain AVAIL

TERIMA KASIH AVAIL!




Thursday, November 10, 2011

PELBAGAI PETUA

  1. MENGHILANGKAN RASA SAKIT SEWAKTU HAID
    -Sudah setahun saya merasakan sakit apabila datang haid dan sakitnya luar biasa. Nasib baiklah salah seorang saudara saya yang menyarankan saya membuat ramuan untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.
    Caranya: Segelas air susu dicampurkan dengan sebiji kuning telur kampung dan sedikit kunyit (sebesar ibu jari sebanyak dua potong yang diparut dan diambil airnya). Campurkan bahan tadi hingga sebati. Minumlah ketika air itu panas. InsyaAllah rasa sakit itu tidak saya alami lagi. Apabila merasa sakit cuba minum ramuan tersebut diatas. <Rohani Mansor>
  2. MENGHILANGKAN SAKIT PINGGANG
    -Apabila anda menghidap sakit pinggang cubalah resipi tradisional ini. Ambil beberapa lembar daun limau nipis, beberapa lembar daun jambu biji, 2biji bawang merah dan satu ruas kunyit tua. Tumbuk bahan di atas lalu rebus dengan menggunakan seliter air. Sejukkan dan minum setiap hari selama satu minggu. InsyaAllah anda tidak akan merasa sakit pinggang lagi.
    Bagi anda yang mempunyai penyakit ginjal akibat adanya batu, jangan bimbang. Cubalah cara ini iaitu sediakan 2 biji lobak putih yang masih segar. Parut dan perah airnya hingga satu gelas. Minumlah air tadi pagi dan petang. InsyaAllah dalam masa yang singkat anda akan dapatmelihat hasilnya. Lakukan sampai serpihan batu ginjal tadi keluar sendiri bersama dengan air kencing. <Julaiha Latif>
  3. BEBAS DARI JERAWAT
    -Anda ada jerawat? Usah bimbang, ambil sedikit ubat gigi dan tampalkan pada jerawat. Ubat gigi dapat mengecutkan jerawat, mudah kering dan sembuh. Untuk menghilangkan bekas jerawat yang berwarna hitam itu, ambil beberapa helai daun turi muda secukupnya.Gosokkan pada bekas hitam tadi .InsyaAllah wajah akan cantik berseri. <Muslina Musa>
  4. HILANGKAN GATAL-GATAL KULIT
    - Rebus pucuk jambu batu sehingga suam-suam kuku. Setelah itu bersihkan mana-mana bahagian yang gatal gengan air rebusan daun jambu itu. Sekiranya gatal-gatal masih juga tidak hilang ,ambil daun jambu yang direbus tadi dan gosokkan di tempat yang gatal .Lakukan hingga rasa gatal itu hilang. <Norhayati Misham>

Monday, November 7, 2011

Alternatif Lain Untuk Menghilangkan Sembelit

Saya mahu berkongsi dengan blogger sekalian tentang satu produk. Anak saya telah mengalami masalah sembelit yang agak serius selama satu tahun ini. Banyak produk dan buah-buahan (betik, prune dan lain-lain) telah anak saya cuba bagi mengatasi masalah ini namun tidak satu pun berkesan.

Pada satu hari kawan anak saya mengesyorkan satu produk AVAIL iaitu GREENFIT bagi mengatasi masalah anak saya ini. Alhamdulillah, kurang sudah satu bulan mencubanya anak saya nampak keberkesanan produk ini. Jom tengok keistimewaan dan kelebihan produk ini.

Keistimewaan

  • cara yang senang, mudah dan sihat untuk membersihkan trek usus
  • tidak menyebabkan sakit perut
  • tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawit dan gula tiruan
  • tidak mengandungi bahan julap
  • tidak mengandungi kandungan/GMO(Genetically Modigied Organism)
Kelebihan

  • meningkatkan fungsi sistem pencernaan 
  • meningkatkan tahap metabolisma tubuh
  • melembutkan najis
  • menggalakan pembiakan bakteria baik
  • mencegah pembetukan ulser usus serta keradangan pada saluran gastrousus
  • mencegah sembelit
  • membantu merawat masalah buasir
  • mengawalatur berat badan
  • mencegah masalah obesiti
  • mengurangkan risiko kanser usus besar dan kanser payu dara
  • anti pengoksidaan dan awet muda


Pek Promosi Percubaan
RM 20
3 uncang greenfit
1 shaker
(3 hari)


 Bukan ahli = 1 kotak( 15 uncang biasanya tahan 1 bulan,2hari 1kali minum ) RM 75
Ahli = 1 kotak RM 63

Cara-cara menjadi ahli :
-Beli 3 kotak greenfit, automatik jadi ahli, tapi perlu mengisi borang terlebih dahulu.
  RM 63 x 3 = RM 189
-senang bukan?  =)

Sebarang persoalan atau berminat untuk menceburi diri dalam bisness mengenai produk ini boleh la menghubungi anak saya Amalina 013-9345973