FACIAL MEMANISKAN WAJAH
-Ambil sedikit gula ,percikkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan urut mengikut arah dari bawah ke atas. Butiran gula ibarat 'scrub' yang boleh membuang sel kulit mati dan menjadikan wajah lebih manis.
KHASIAT PUTIH TELUR
-Putih telur diakui berkesan dalam menegangkan kulit wajah yang kian kendur. Bahkan ,ia juga mampu mengeluarkan sisa toksin dari permukaan kulit wajah, mencuci dan mengetatkan pori-pori.
Bahan-bahan: 1biji telur
Cara-cara: Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja. Pukul seketika dengan garfu ,kira-kira 30saat. setelah kembang sedikit, sapukan pada kulit wajah dan pastikan ia rata. Sambil menunggu ia kering, elakkan dari tergelak atau berkerut. Setelah masker kering, cuci wajah dengan air sejuk.
Assalamualaikum!!!! Saya Saza Haiza adalah seorang suri rumah sepenuh masa,berasal dari negeri Terengganu Darul Iman.. Saya gemar membaca,menulis dan mengumpul resepi.Sebab itulah blog saya dipenuhi dengan buku-buku.Resepi-resepi,tip,info dan petua saya dapati melalui pembacaan saya dari majalah-majalah seperti Keluarga,Remaja,Harmoni,Rapi,Saji Suratkhabar dan buku petua..
My Followers
Showing posts with label Tips Cantik. Show all posts
Showing posts with label Tips Cantik. Show all posts
Monday, April 4, 2011
Monday, March 28, 2011
SENYUM SEINDAH SURIA
PETUA UNTUK GIGI PUTIH BERSERI:-
-Campurkan kuantiti kecil serbuk penaik dengan air hingga agak pekat adunannya.Kemudian sental pada gigi yang bermasalah.Ini kerana serbuk penaik dikatakan berupaya menghilangkan kotoran degil pada gigi.
INFO CANTIK
EPAL:-
-Epal dan salderi ternyata mampu membersihkan noda pada permukaan gigi.Cubalah makan epal dan salderi setiap hari.Senyumanmu akan bertambah cantik dengan barisan gigi yang bersih dan putih.
TAHUKAH KAMU..??Buah-buahan juga dijadikan masker!!Cara mudah ....Hancurkan epal tanpa air.Kemudian ratakan pada wajah..Keistimewaan,epal dapat meneutralkan kulit yang berminyak.

Tuesday, March 22, 2011
INFO RAMBUT
1) TEH PAHIT TEBALKAN RAMBUT
-Selepas membersihkan rambut, bilas rambut dengan teh pahit yang telah ditapis. Kemudian, keringkan rambut dengan tuala bersih. Dalam beberapa bulan rambut kamu akan nampak lebat dan hitam.
2) MASALAH RAMBUT KUSAM DAN GUGUR?
-Kamu boleh atasinya dengan resipi penyubur rambut ini. Bakar beberape biji buah keras (jangan sampai hangus). Kemudian tumbuk sehingga halus dan sapukan secara merata diseluruh rambut. Dalam masa yang sama, lakukan urutan ringan pada kulit kepala .Biarkan selama 15minit dan bilas dengan air suam. Lakukan kaedah ini sekali sehari sehingga pertumbuhan rambut menampakkan hasil.
3) RAMBUT BERKILAU
-Nak tahu rahsia mudah rambut kekal berkilau? Senang saje. Campurkan 4sudu makan cuka dengan 3gelas air. Kemudian sapukan pada rambut dan lakukan urutan ringan .Selepas itu, bilas dengan 2gelas air yang telah dicampurkan dengan pati lemon. Lakukan secara teratur ,rambut akan kekal berkilau.
4) KACANG HIJAU BANTU ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR.
-Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.
5) HALIA SINGKIRKAN KELEMUMUR
-Kelemumur menyebabkan kulit kepala berase gatal-gatal. Untuk itu ambil lebih kurang 2cm halia. Buang kulit dan tumbuk sehingga hancur. Apabila kulit kepala berasa gatal, sapukan halia pada kulit kepala sambil menggosoknya. Anda mungkin berasa agak pedih. Lakukan beberapa kali. Bukan sahaja kelemumur tetapi rasa gatal kulit kepala akan hilang sekali gus.

Monday, March 7, 2011
PERFUME TAHAN LEBIH LAMA
1) Perfume hendaklah ditutup rapat dan disimpan di tempat yang sejuk, kering dan tidak terkena sinar matahari secara langsung.
2) Untuk membuatkan aromanya lebih tahan lama, sebaiknya semburkan sedikit pada rambut, leher dan belakang telinga. Semburan seperti ini dapat membuatkan aromanya berbau harum, manis dan kekal sepanjang hari.
3) Semakin tinggi kepekatan minyak, semakin wangi dan tahan lama. Ia sesuai untuk semburan malam, manakala untuk siang hari minyak wangi jenis eau de perfume dan eau de toilette adalah pilihan yang sesuai.
4) Sebaiknya semburkannya pada bahagian yang memiliki denyutan nadi seperti pergelangan tangan, pelipat tangan (siku) dan leher.
5) Hindari menyemburkannya terlalu banyak di belakang telinga dan dekat dengan bahagian wajah. Jika tidak kulit akan menjadi bertambah kering.

Tuesday, January 18, 2011
KESIHATAN KULIT
CANTIKKAN KULIT CARA TRADISIONAL:-
1.AIR BERAS-Untuk menengkan kulit wajah.
Air basuhan beras pertama boleh digunakan sebagai pembersih wajah.Biarkan ia kering sebelum dibersihkan sekali lagi degan air bersih.
2.BUAH TOMATO-Dapat melicinkan kulit muka.
Caranya,bersih wajah dengan air suam terlebid dulu.Kemudian gosok dengan buah tomato yang sudah masak ranun.Biarkan ia kering sebelum dibilas dengan air suam.
Buah tomato terkenal dengan kandungan iycopenenya yang mampu mencegah kedutan dan bintik hitam pada kulit akibat sinar matahari.Makan banyak tomato juga dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar matahari.
3.PISANG MUDA;-
Sapukan pisang muda(yang bijinya yang masih berlendir) pada wajah dan ia boleh melicinkan kulit wajah agar nampak muda sentiasa.
4.BELIMBING BESI DAN ASAM JAWA:
Campuran belimbing besi dan asam jawa digunakan sebagai pembersih kulit.Ramas kedua-duanya.Kemudian sapu pada seluruh badan.Ia mampu menanggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal.
5.BERAS PULUT
Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus, boleh digunakan dengan mencampurkannya bersama bedak sejuk untuk dijadikan lulur.Gosokkan ramuan ini pada keseluruh badan.Ia bertindak menanggalkan daki dan sel-sel mati.
6.DAUN INAI
Daun inai ditumbuk halus dan disental pada kulit wajah.Ia berfungsi menghaluskan kulit, menghilangkan jerawat dan memudarkan bekas parut pada wajah.
7.TIMUN
Air timun mengandungi bahan astringent yang baik untuk kulit berminyak dan berperanan sebagai pemutih.Untuk menjadikannya sebagai pemutih hancur,hancurkan 1/2 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu susu segar.Sapukan pada wajah dan biarkan beberapa minit,lalu dibilas dengan air bersih.
8.GULA PASIR
Skrub semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah.Caranya campurkan 1 sudu makan gula halus dengan 1 sudu makan madu.Selepas itu, jadikannya sebagai skrub.
9.MADU
Bersihkan wajah dan sapukan sedikit madu pada jerawat kerana madu mengandungi zat antibakteria yang dapat mengurangkan jerawat.
10.LEMON
Tahukah kamu!!!!Lemon banyak mengandungi vitamin A,C B1,B2 dan B3 dan ia sesuai untuk kulit jenis berminyak.Caranya,tambahkan 1 sudu teh jus lemon pada putih telur, kemudian kacau sehingga sebati.Selepas itu sapukan rata pada wajah dan biarkan selama 10minit.Setelah itu bersihkan dengan air suam.
Friday, December 31, 2010
PISANG DAN KECANTIKAN
Pisang sangat baik untuk melembapkan kulit yang kering.Caranya mudah.!!!Kamu hanya perlu mencampurkan pisang yang telah dihancurkan dengan sesudu madu.Kemudian sapukan pada wajah sebagai masker.Biarkan seketika agar khasiatnya dapat diserap dengan baik.Kemudian basuh dengan air bersih.
INFO CANTIK
1)SENTIASA CERIA:-STRATEGI BARU AWET MUDA
- Jemput teman-teman sepejabat atau kolej minum kopi dirumah.Ia akan membuatkan kamu ceria dan seterusnya kamu akan lebih muda daripada usia kamu sebenar.
2)KURANGKAN SODA:-
- Soda mengandungi phosphoric asid yang boleh menggangu metabilisme kalsuim dan seterusnya mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan lemah.
3)CINTAILAH OMEGA 3:-
- Kerana ia membantu mencegah kerosakan tulang rawan sehingga dapat mencegah osteoarthritis berlaku.
- Kajian menunjukkan bahawa kulit roti yang garing kaya dengan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan dan anti penuaan yang hebat..!!
- Stoking dapat memberikan kesan yang hangat pada kaki serta meningkatkan perjalanan darah sehingga kamu terasa puas ketika tidur.
Sunday, December 19, 2010
PETUA KECANTIKAN YANG BOLEH DIAMALKAN
AWET MUDA:-
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di ke 2 tapak tangan dan raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.Amalkan setiap pagi.
MENGEKALKAN KECANTIKAN:-
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusufn setiap malam.Disamping itu untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan k ewajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Monday, December 13, 2010
RESEPI KECANTIKAN
JUS DIET
-Berkesan didalam jadual diet harian kamu.Ia kaya dengan nutrisi dan serat bagi memebantu mengurangkan rasa lapar.Nikmati jus ini antara waktu makan bagi memberikan kesan kenyang berpanjangan.
BAHAN-BAHANNYA
1/2 biji timun 1biji tomato
1 batang seleri 2 biji epal
Cara-caranya:Bersihkan timun,tomato,seleri dan epal.Kisar bahan-bahan tersebut secara satu persatu.Tapis dan sedia di hidangkan.
SCRUB KOPI BUATAN SENDIRI
Info:Kandungan asidnya yang semulajadi dipercayai dapat menegangkan dan melicinkan kulit dan ia amat sesuai untukmereka yang bertubuh berisi.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
-biji kopi
-air suam
-minyak zaiton @ minyak assential
Caranya:Tumbuk biji kopi @ hancurkan dengan alat pengisar.Kemudian campurkannya dengan sedikit air sehingga ia menyerupai pasta.Tambahkan beberapa titis minyak zaiton.Akhir sekali sapukan pada kulit dengan rata.

Subscribe to:
Posts (Atom)