My Followers

Showing posts with label - PETUA PENYAKIT -. Show all posts
Showing posts with label - PETUA PENYAKIT -. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

PETUA PENYAKIT

    CARA ATASI GASTRIK
      
   Menjelang bulan puasa penghidap gastrik pasti berasa risau. Untuk mengatasi masalah sakit akibat gastrik, anda boleh merendamkan tiga biji kurma kedalam susu suam selama 10 minit sebelum berbuka puasa. Selepas masuk waktu berbuka puasa, ,makan kurma terlebih dulu disusuli air susu itu.

   BAWANG MERAH LEGAKAN  SELESEMA BAYI

    Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Kemudian letakkan sedikit minyak masak. Sapukan pada ubun2 bayi secara membulat. InyaAllah selesema akan mudah sembuh 

  ELAK SENGGUGUT

   Untuk mengelakkan kesakitan, campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.Pastikan kuantiti kedua dua bahan sama banyak.Makan selama seminggu sebelum haid.

Tuesday, November 6, 2012

PETUA UNTUK JERAWAT


1) PETUA HILANGKAN JERAWAT
->   Kisarkan daun & buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker & sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan 3-4 kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

2) PARUT JERAWAT @ CAMPAK
->   Untuk menghilangkannya, cubalah petua turun-temurun. Ambil segenggam daun cermai serta 2.5cm kunyit hidup & cuci bersih-bersih sebelum dimasukkan di dalam beras yang direndam semalaman. Kisar bersama secawan air. Sapu kisaran itu pada muka berparut & biarkan 30minit. Amalkan selalu. InsyaAllah selain menyejuk dan menyeri muka serta juga dapat menghilangkan parut campak & jerawat.

3) ATASI JERAWAT DENGAN PUTIH TELUR
->   Mula-mula cuci sehingga bersih wajah & setelah itu sapukan putih telur rata-rata. Sebaik-baiknya putih telur ayam kampung. Biar kering beberapa minit & bilas dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, insyaAllah wajah menjadi lembut, gebu & cerah.

Saturday, October 27, 2012

PETUA PENYAKIT


1) PULIHKAN BATUK DENGAN SEGERA.
       Ambil 8 helai daun pudina & rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya, beberapa kali agar batuk anda tidak beterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan 8 helai daun pudina. 

2) ATASI SENGGUGUT DENGAN HALIA.
        Anda boleh mengurangkan kesakitan senggugut dengan mengambil segenggam halia & tumbuk sehingga lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam & biarkan halia tersebut mendap. Selawat  & minum air tersebut. Hasilnya kesakitan anda akan beransur hilang.

3) NILA UBATI PENYAKIT BEGUK.
        Penyakit beguk @ bengkak di bawah telinga dianggap penyakit bermusim & mudah berjangkit. Jika anda di antara ahli keluarga yang terkena penyakit ini , campurkan sedikit nila & cuka makan lalu sapu sekeliling telinga. InsyaAllah bengkak tersebut akan beransur hilang.   

Sunday, August 5, 2012

PETUA PENYAKIT

1- MENGURANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS

CARANYA:-
   Parut halus lobak putih dan embunkan semalaman atau simpan di dalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama hampasnya.
Amalkan cara ini selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh. Ia juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.




2-MENGHILANGKAN DEMAM KUNING BAYI

CARANYA:-
  Kisarkan daun kuchai. Ambil airnya lalu bilaskan pada tubuh bayi. Amalkan 2xkali sehari. InsyaAllah demam kuning akan sembuh.