My Followers

Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

MINYAK PALING MENYIHATKAN DI DUNIA

MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa yang dara iaitu minyak dara yang diproses tanpa menggunakkan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi.

Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Antara kebaikan dan khasiatnya :
  1. Mengurangkan kadar kolestrol
    - ia sendiri tidak mengandungi kolesterol
    - oleh itu, ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
  2. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
    -anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
  3. Tubuh lebih tahan serangan penyakit
    -kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
  4. Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
    -ia mempercepatkan penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
  5. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
    -sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  6. Keadaan berdengkur akan hilang
    -kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
  7. Mengelakkan risiko sakit kanser-minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  8. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
    -
    mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.

Dan banyak lagi khasiatnya. Copy paste dari Catalyst Nutraceutical (M) Sdn Bhd

Monday, April 22, 2013

QIZI SIHAT

EFEK DIURETIK ASPARAGUS


  1. Asparagus dapat memperbaiki dan meningkatkan fungsi ginjal serta kaya kandungan gizi.
  2. Efek diuretik dalam sayuran berbatang hijau ini juga membantu melancarkan saluran kencing.
  3. Memakan asparagus bukan sahaja menjadikan saluran urin lebih lancar tetapi turut berkesan dalam menghilangkan kristal ginjal dan batu karang.
  4. Asparagus turut mengandungi vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, zink, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflovin, niasin, zat besi, fosforos, potassium, tembaga, mangan dan selenium serta kaya akan serat semulajadi yang dapat melancarkan sistem pencernaan.

Wednesday, October 24, 2012

6 MAKANAN ELAK SAKIT JANTUNG



1.    Makan 1 hidangan ikan dalam 7 hari mampu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung. Ikan boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 50%.
2.    EPAL (50%). Minum 12 auns jus epal @ makan 2 bij epal sehari. Mampu mengurangkan paras oksida kolesterol LDL. Epal juga berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.
3.    WALNUT (45%).
4.    MINYAK ZAITUN (40%). Ia ada 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol LDL tanpa menganggu HDL.
5.    KEKACANG (30%). Menghalang pembekuan darah & meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia sumber folik yang paling baik.
6.    OAT (29%). Penting untuk kesihatan sistem saraf. Membantu menurunkan tahap kolesterol & menguatkan sistem imun.

Saturday, April 9, 2011

7 MAKANAN CEGAH BATUK DAN SELSEMA

Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu!


1) SUP AYAM
     Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.


2) MAKANAN PEDAS 
    Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.


3) BAWANG PUTIH
    Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah seulas dua bawang putih mentah.


4) AIR
    Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.


5) BUAH-BUAHAN SITRUS
    Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.


6) SUMBER VITAMIN C
    Selain buah-buahan sitrus kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang ,lada hitam, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk.


7) HALIA
    Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk selsema dan batuk.

Wednesday, February 16, 2011

SIHAT SEMULAJADI

1.PETAI:-
-Dalam perubatan tradisional melayu, petai dipercayai berkesan merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan masalah kekacingan.


2.UBATI DAAH TINGGI DENGAN CILI PADI:-
-Cili padi terbukti membantu dalam mengubati tekanan darah tinggi dan berfungsi sebagai pembersih bagi sistem pencernaan.Cili juga mengandungi hemostat iaitu suatu zat yang dapat menghentikan aliran darah semasa luka dan berperanan sebagai antiseptik dalam mengelakkan pembiakan bakteria pada permukaan luka.


3.PERIA PAHIT TAPI PENAWAR PENYAKIT:-
-Ia memiliki khasiat dalam mengubati penyakit diabates, kolestrol tinggi, sembelit, masalah hati dan hempedu.Peria dapat meningkatkan penghasilan sel beta oleh pankreas dalam meningkatkan kemampuan tubuh dalam penghasilan insulin, iaitu sejenis hormon yang berfungsi dan mengawal kepekatan glukosa dalam darah.


4.JAGUNG BERFUNGSI DARI ISI KE KULIT:-
-Amalan pengambilan jagung bukan sahaja dapat menguatkan tulang,gigi,rambut dan hati bahkan berfungsi dalam menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta menyelesaikan masalah pembuangan air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.Selain daripada itu, kulit dan bulu jagung boleh digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah dengan menumbuk kedua-dua bahan itu sehingga halus dan tampalkan pada kudis sehingga kering.


5.LOBAK MERAH UNTUK PENAMPILAN .EBIH CANTIK:-
-Lobak baik untuk penglihatan mata.Ia juga turut membantu dalam penyembuhan sembelit, asma, masalah gigi, kesukaran hidup, masalah pembuangan air kencing dan tekanan darah tinggi.Selain daripada itu, bagi golongan yang inginkan penampilan yang lebih cantik dan menarik, amalkanlah tabiat pemakanan lobak merah.Ia dapat memperbaiki dan menjaga kesihatan rambut dan kuku.Bagi kaum wanita pula, ia dapat meningkatkan aliran semasa menstrusi ataupun pengeluaran haid.Kandugan karotina yang tinggi dalam lobak dapat menjauhi tubuh daripada penyakit kanser dan penyakit jantung.Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah makan secara mentah.


6.LEMON MEMBASMI KUMAN:-
-Ia adalah antiseptik semulajadi.Ia mampu mengurangi jangkitan dan menghalang pembiakan kuman.Lemon juga berkesan dalam mengubati masalah kulit.Kini banyak lemon dipasaran kerana ia telah terbukti dapat mengubati sakit kerongkong, meningkatkan sistem ketebalan dan meyembuhkan deman.


7.RUMPAI LAUT HALANG PENUAAN:-
-Amalan pengambilan rumpai laut dapat membantu dalam proses pengubatan penyakit beguk dan kanser.Ia dipercayai mampu melambatkan proses penuaan, meningkatkan pertubuhan rambut dan mengurangkan penyakit asma dan bronkitis.

Monday, December 13, 2010

PETUA KESIHATAN

ANEMIA
-Tumbuk 2 genggam daun bayam merah hingga halus + 1 sudu air limau nipis, lalu (ditapis) + sudu madu +1 biji telur dan kacau hingga sebati.Minum 1 kali seminggu.

CIRIT-BIRIT
-Bersihkan 10 batang akar bayam merah dan tumbuk halus + garam halus.Gaul dan ditapis.Minum hingga habis.

MENGUATKAN AKAR RAMBUT
-Tumbuk 1 ikat bayam segar + seikit garam.Gaul dan ditapis.Amalkan 2-3 kali seminggu.

PERNAFASAN UNTUK HILANG SAKIT KEPALA DAN LELAHJ
-Jikalau sakit kepala, tutup lubang hidung kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri selama 5 minit.Jika lelah, tutup lubang hidung kiri dan bernafaslah melalui hidung kanan.Lakukan berselang-seli dan pasti terasa segar semula.

CARA MUDAH ELAK PERUT BUNCIT
-Tambahkan 2 sudu minyak zaiton dalam masakan berminyak, bersantan dan berkolesterol tinggi seperti daging.Semua lemak akan jadi sisa tanpa diserap ke dalam badan juga.

Monday, November 29, 2010

INFO KESIHATAN

(1  CENDAWAN
- dapat  mengurangkan rasa lapar,menghangatkan
tubuh dan melancarkan aliran darah,membantu proses kawalan
kolestrol dalam hati.
-Mampu mengubati penyakit hepatistis B.
-Cendawan butang pula protinnya dua kali  lebih tinggi
dari asparagus,kubis,kentang dan 4 kali lebih banyak dari tomato
dan lobak merah.
Ia mengandungi vitamin seperti riboflavin,tiamin,biotin dan niasin,
bahan mineral seperti kalium, natrium.
kalsium,majnesium dan zat besi.
-Cendawan membantu proses penghadaman.
-Dapat menyembuhkan  penyakit anemia jika selalu mengamalkannya.
- Ia anti bakteria,anti virus,dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan anti
tumor yang menjadi fakto kanser.