My Followers

Saturday, April 9, 2011

7 MAKANAN CEGAH BATUK DAN SELSEMA

Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu!


1) SUP AYAM
     Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.


2) MAKANAN PEDAS 
    Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.


3) BAWANG PUTIH
    Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah seulas dua bawang putih mentah.


4) AIR
    Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.


5) BUAH-BUAHAN SITRUS
    Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.


6) SUMBER VITAMIN C
    Selain buah-buahan sitrus kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang ,lada hitam, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk.


7) HALIA
    Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk selsema dan batuk.

5 comments:

  1. Wah, tips yang sangat berguna ni..

    Nak letak dalam blog ya. Tapi diberi link dan URL blog ni.

    ReplyDelete
  2. byk petua..sy suka sy follow..sudilah folow sy juga..terimakasih

    ReplyDelete
  3. Salam saza..
    I like this post...
    Jemput dtg umah amik award ye tp x yah buat tag...Ni linknye: http://ovenkecil.blogspot.com/2011/04/thanks-nieza-dear.html

    ReplyDelete
  4. Sha : Tq sha kr suka tip2 kt sini..

    Anitaare : Ok. Nnti saya follow...

    Naz : W.slm..Nnti saya ambl award tu.Trima ksih byk2 Naz...

    ReplyDelete
  5. tapi kalau minum air limau tak tambah batuk ke? w dah sebulan batuk ni. =.="

    ReplyDelete