My Followers

Saturday, April 23, 2011

PETUA 3

1) KEJU TAHAN LAMA
 -Keju merupakan bahan yang banyak digunakan terutamanya dalam masakan Barat. Namun begitu keju akan mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik. Sekiranya anda tidak mempunyai peti sejuk untuk menyimpan keju tersebut, lembapkan sehelai kain bersih dengan air garam lalu balut keju dengan rapat. Hasilnya, keju akan tahan lebih lama.


2) KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH
 - Pengambilan minyak kacang tanah secara kerap mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dalam darah. Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E, dan K, kalsium, asid amino dan sebagainya. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur(insomnia)


3) DAUN KUBIS PELEMPAB MUKA
 - Jika ingin mendapatkan pelembap muka semula jadi tanpa membazirkan wang, ambil beberapa helai daun kubis. Kisarkan daun kubis bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher. Biarkan selama 20minit lalu bersihkan dengan kapas yang lembap. Kulit anda pasti akan berasa lebih tegang dan sentiasa lembap.


4) HILANGKAN BISUL DENGAN BAWANG PUTIH
 - Jika terkena bisul, jangan biarkan ia membesar kerana ia bukan sahaja menyakitkan malahan agak sukar untuk mengubatinya. Apabila anda menyedari anda terkena bisul, segera ambil bawang putih dan gosakkan pada bisul tersebut. InsyaAllah bisul tersebut akan mengecut dengan lebih cepat.


5) KHASIAT PUCUK DAUN JAMBU BATU
 - Pucuk daun jambu batu mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya bagi anda yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan kembung perut. Caranya ,ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan campurkan dengan sedikit garam .Mamah dan telan airnya. InsyaAllah sakit perut anda akan beransur sembuh.


6) SUBURKAN  POKOK BUNGA
 - Akibat daripada kurang penjagaan dan tanah yang tidak subur menyebabkan pokok bunga yang ditanam di rumah kelihatan layu dan tidak subur. Bagi menanganinya cuba taburkan sedikit serbuk  kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda . Dalam tempoh beberapa lama, anda akan melihat pokok bunga anda subur menghijau.

1 comment:

  1. tqs saza.. oohh camtu simpan keju kalo takde petisejok...

    ReplyDelete