My Followers

Thursday, April 28, 2011

PETUA ISTIMEWA DARIPADA DAPUR

   Sebagai tanda terima kasih kerana anda semua sudi menerima award daripada saya, jadi saya nak hadiahkan petua istimewa ini untuk semua blog-blog masakan yang tumbuh bagaikan cendawan. boleh dikatakan semuanya hebat-hebat belake dan kepada semua yang mengenali bahan-bahan yang ada di dapur masing-masing..hihihi


   Saya anggap petua ini istimewa kerana walaupun bahan-bahan ini mudah di dapati didapur, tetapi selama ini kita tak tahu yang ianya boleh dijadikan petua untuk mengubati penyakit tertentu.


   Sekarang kita lihat apakah bahan-bahan tersebut.


BAWANG BESAR
   -Bahan
     1 labu bawang besar
   -Cara
    Dipotong sedikit bahagian kepalanya, kemudian digosok-gosokkan berulang-ulang kali pada tempat yang disengat lipan, lebah, tebuan dan sebagainya setelah dipastikan sengatnya telah tiada lagi.


PENAWAR SEDUAN(RESDUNG)
   -Cara
   -1 labu bawang besar
   -Cara
   Direbus dengan air kira-kira selama 10minit. Bila sudah sejuk perah bawang besar itu ke dalam sebuah bekas, dan ambil perahan airnya untuk dititik ke dalam hidung setitik demi setitik, sebanyak 5 hingga 6 titik.
    Selepas itu pengidap resdung akan bersin bertalu-talu hingga keluar segala hingus dan lendir di dalam hidungnya.
    Namun begitu 3 hingga 4 minit kemudian ia akan berhenti dengan sendirinya


TEH BAWANG BESAR YANG BERKHASIAT
   -Cara
     3labu bawang bersama-sama kulit,dipotong-potong
   -Cara
     Jerang bersama-sama dengan 1liter air bersih selama 15 minit, kemudian sejukkan.Sebaik-baiknya diminum 2kali sehari, iaitu sebelum makan tengahari, dan juga sebelum tidur diwaktu malam.
   

10 comments:

  1. ohh ni petua kalo kena sengat... tqs saza..

    ReplyDelete
  2. Bagus gak petua tu..senang jer

    ReplyDelete
  3. saya ada resdung.. boleh cuba petua ni.. Terima kasih yer..

    ReplyDelete
  4. Mulan & Nazrah : Sama2.....

    Hanis : Saya pn ada resdung jg.Dh mcm2 ubat saya makan tp smuanya tk brkesan.Skrg saya pn nk cuba petua ni jg.Kepada sesiapa yg brjaya mencuba petua d sini,d harap dpt lh sama2 brkongsi ya!Samada petua trsebut brkesan atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  5. Salam Haiza....

    Dtg sini tgk petua...kak cek pun tak tau bwg ni macam2 leh guna selain dari guna utk masak2...tq tq...info yang sangat2 berguna....

    ReplyDelete
  6. W.slm..Ye lh k.cek,saya pn camtu.Dh lama saya cari petua utk sembuhkan resdung.Rupanya bwg ubatnya,yg saya dpt drp buku petua.

    ReplyDelete
  7. salam saza..petua menarik, boleh dicuba, cuma pesakit sanggup atau tidak..tq

    ReplyDelete
  8. tq for sharing.
    Salam kenal. Kalau nak cari petua boleh le geledah kat sini

    ReplyDelete
  9. prince dtg melawat ye..entry yang bagus...huhu..:).. nak datang selalu boley ??

    ReplyDelete