My Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

TIPS 2

TIPS MENGGUNAKAN GARAM


  1. MENJERANG AIR
    -Sedikit garam yang dicampurkan ke dalam air yang dijerang boleh meningkatkan suhunya, sekali gus mengurangkan masa memasak.

  2. MENGUPAS TELUR
    -Telur yang direbus dalam air garam memudahkan proses mengupas kulitnya.

  3. MENGUJI KESEGARAN TELUR
    -Masukkan telur ke dalam air yang campur dengan sudu teh garam. Telur yang segar akan tenggelam, manakala telur yang lama akan terapung.

  4. MEMBERSIH SAYUR BAYAM
    -Jika sayur bayam dibasuh dengan garam, ia tidak perlu dibalas.

  5. MENYIMPAN SUSU SEGAR
    -Susu segar dapat bertahan lama dengan secubit garam yang dimasukkan ke dalamnya.

  6. MEMBERSIHKAN KOTORAN PADA CAWAN
    -Dengan menggosokkan garam, kotoran kopi atau teh yang degil dapat ditinggalkan.

  7. MERANGUPKAN SALAD
    -Salad yang digaramkan sejurus sebelum dihidangkan mempunyai rasa yang rangup.

  8. MENGHILANGKAN BAU BAWANG PADA TANGAN
    -Gosokkan tangan dengan garam yang dicampurkan dengan cuka bagi menghilangkan bau bawang pada tangan.

  9. MENCEGAH WARNA BUAH BERUBAH
    -Buah epal, pir dan kentang yang dimasukkan ke dalam air yang sejuk dan mengandungi sedikit garam dapat mengembalikan warna asal buah selepas dikupas.

  10. MENGATASI MASALAH SUP MASIN
    -Jika sup yang dimasak terlebih garam, masukkan kentang ke dalamnya untuk menyerap rasa masin tersebut.