My Followers

Wednesday, November 16, 2011

TIPS 2

TIPS MENGGUNAKAN GARAM


  1. MENJERANG AIR
    -Sedikit garam yang dicampurkan ke dalam air yang dijerang boleh meningkatkan suhunya, sekali gus mengurangkan masa memasak.

  2. MENGUPAS TELUR
    -Telur yang direbus dalam air garam memudahkan proses mengupas kulitnya.

  3. MENGUJI KESEGARAN TELUR
    -Masukkan telur ke dalam air yang campur dengan sudu teh garam. Telur yang segar akan tenggelam, manakala telur yang lama akan terapung.

  4. MEMBERSIH SAYUR BAYAM
    -Jika sayur bayam dibasuh dengan garam, ia tidak perlu dibalas.

  5. MENYIMPAN SUSU SEGAR
    -Susu segar dapat bertahan lama dengan secubit garam yang dimasukkan ke dalamnya.

  6. MEMBERSIHKAN KOTORAN PADA CAWAN
    -Dengan menggosokkan garam, kotoran kopi atau teh yang degil dapat ditinggalkan.

  7. MERANGUPKAN SALAD
    -Salad yang digaramkan sejurus sebelum dihidangkan mempunyai rasa yang rangup.

  8. MENGHILANGKAN BAU BAWANG PADA TANGAN
    -Gosokkan tangan dengan garam yang dicampurkan dengan cuka bagi menghilangkan bau bawang pada tangan.

  9. MENCEGAH WARNA BUAH BERUBAH
    -Buah epal, pir dan kentang yang dimasukkan ke dalam air yang sejuk dan mengandungi sedikit garam dapat mengembalikan warna asal buah selepas dikupas.

  10. MENGATASI MASALAH SUP MASIN
    -Jika sup yang dimasak terlebih garam, masukkan kentang ke dalamnya untuk menyerap rasa masin tersebut.

14 comments:

  1. its an informative entry.. keep up w good work

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana berkongsi info yang baik....

    ReplyDelete
  3. byk tips ni... tqs for sharing..

    ReplyDelete
  4. Tq tq...petua yg sangat bermenafaat....

    ReplyDelete
  5. Ohh~~ , nice tips , kna bgi thu mak saya ni ~~ :P

    ReplyDelete
  6. petua yang bagus ni... thanx 4 sharing ya

    ReplyDelete
  7. Sama2 semua..InsyaAllah,saya akan sentiasa brkongsi tip-tip dan petua-petua yang saya tau dengan anda semua.

    ReplyDelete
  8. sedang cuba nak kurangkan garam dalam masakan :)..

    ReplyDelete
  9. salam saza.Terima kasih singgah blog atie ya.
    Biasa guna garam tuk basuh sayur-sayuran...

    ReplyDelete
  10. Salam kenal n sis follow saza ye.
    Nice info...tq for sharing.

    ReplyDelete