My Followers

Thursday, November 10, 2011

PELBAGAI PETUA

  1. MENGHILANGKAN RASA SAKIT SEWAKTU HAID
    -Sudah setahun saya merasakan sakit apabila datang haid dan sakitnya luar biasa. Nasib baiklah salah seorang saudara saya yang menyarankan saya membuat ramuan untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.
    Caranya: Segelas air susu dicampurkan dengan sebiji kuning telur kampung dan sedikit kunyit (sebesar ibu jari sebanyak dua potong yang diparut dan diambil airnya). Campurkan bahan tadi hingga sebati. Minumlah ketika air itu panas. InsyaAllah rasa sakit itu tidak saya alami lagi. Apabila merasa sakit cuba minum ramuan tersebut diatas. <Rohani Mansor>
  2. MENGHILANGKAN SAKIT PINGGANG
    -Apabila anda menghidap sakit pinggang cubalah resipi tradisional ini. Ambil beberapa lembar daun limau nipis, beberapa lembar daun jambu biji, 2biji bawang merah dan satu ruas kunyit tua. Tumbuk bahan di atas lalu rebus dengan menggunakan seliter air. Sejukkan dan minum setiap hari selama satu minggu. InsyaAllah anda tidak akan merasa sakit pinggang lagi.
    Bagi anda yang mempunyai penyakit ginjal akibat adanya batu, jangan bimbang. Cubalah cara ini iaitu sediakan 2 biji lobak putih yang masih segar. Parut dan perah airnya hingga satu gelas. Minumlah air tadi pagi dan petang. InsyaAllah dalam masa yang singkat anda akan dapatmelihat hasilnya. Lakukan sampai serpihan batu ginjal tadi keluar sendiri bersama dengan air kencing. <Julaiha Latif>
  3. BEBAS DARI JERAWAT
    -Anda ada jerawat? Usah bimbang, ambil sedikit ubat gigi dan tampalkan pada jerawat. Ubat gigi dapat mengecutkan jerawat, mudah kering dan sembuh. Untuk menghilangkan bekas jerawat yang berwarna hitam itu, ambil beberapa helai daun turi muda secukupnya.Gosokkan pada bekas hitam tadi .InsyaAllah wajah akan cantik berseri. <Muslina Musa>
  4. HILANGKAN GATAL-GATAL KULIT
    - Rebus pucuk jambu batu sehingga suam-suam kuku. Setelah itu bersihkan mana-mana bahagian yang gatal gengan air rebusan daun jambu itu. Sekiranya gatal-gatal masih juga tidak hilang ,ambil daun jambu yang direbus tadi dan gosokkan di tempat yang gatal .Lakukan hingga rasa gatal itu hilang. <Norhayati Misham>

5 comments:

  1. Salam Haiza...pekabo...sihat2 selalu hendaknya...tq tq berkongsi info petua ni...leh diamalkan nanti...:D

    ReplyDelete
  2. W.Slm.Khabar baik.Syukur alhamdulillah,saya sihat.Harap cik cek pun begitu juga.Sama2 cik cek.

    ReplyDelete
  3. Salam kak iza,bagus entry ni,boleh copy and paste
    kat blog kita,bukan apa.. nak kongsikan petua berguna ni kat semua orang ,dapat juga pahala..

    ReplyDelete
  4. Silakan...Memang petua2 di sini untuk dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum kak..
    trima kasih ats sgala info n ptua2 ni.
    Nur gne n amalkan k :)

    ReplyDelete