My Followers

Showing posts with label Info Diet. Show all posts
Showing posts with label Info Diet. Show all posts

Monday, February 21, 2011

DIET

1) JUS PINANG JUGA BOLEH?
    -Mengikut petua tradisional, pinang yang dihancurkan menjadi jus berfungsi dalam menurunkan berat badan. Jus pinang boleh dihasilkan dengan menghiris biji pinang menjadi kepingan yang nipis. Kemudian kepingan pinang yang telah dijemur kering, ditumbuk menjadi serbuk. Bancuh serbuk ke dalam air panas dan biarkan semalaman kemudian diminum pada keesokan harinya. Minum ramuan tersebut selama 2 minggu, dipercayai dapat menurunkan berat badan.

2)AIR PENTING UNTUK DIET
  -Berat masih tidak turun walaupun program diet sudah dijalani buat masa yang lama? Ini mungkin berkait rapat dengan jumlah air yang diminum dalam sehari. Minum air yang kurang daripada 2liter per hari akan melambatkan proses penurunan berat. Ini kerana air sebanyak 2.5liter di badan akan dihidrat untuk setiap hari. Atas sebab itu disarankan orang dewasa minum 2.5liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Manakala bagi anda yang tengah menjalani program diet, dinasihati tambahkan minuman air sebanyak 750ml. 

Monday, December 20, 2010

MINUMAN PILIHAN SEWAKTU DIET

COKLAT PANAS RENDAH LEMAK:-
           Campuran koko didalam secawan coklat panas boleh memberikan kesan kenyang pada kamu dan sesuai diminum ketika bersarapan.Secawan coklat panas tanpa gula mengandungi kira-kira 50kalori.

HALIA DAN OREN:-
           Satu gelas minuman ini mengandungi 55kalori.Halia juga berperanan untuk membuang angin dalam badan dan oren pula membekalkan sumber vitamin C terbaik yang boleh membantu penghadanan kamu sewaktu berdiet.

TEH HERBA:-
          Secawanteh herba boleh membantu meredakan ketegangan dan tekanan yang dialami sepanjang hari.Ia sesuai dinikmati pada waktu petang.Malah teh herba juga boleh membantu kamu dari mengambil makanan yang banyak akibat tekanan.

Sunday, December 19, 2010

INFO DIET

PISANG:-
-Merupakan sumber vitamin B yang diperlukan untuk membuat serotonim berfungsi dalam otak.Serotonim berfungsi mengurangi rasa sakit, mengurangkan nafsu makan dan membuat tubuh terasa relak serta mengurangi ketegangan.


STRAWBERI:-
-Mengandungi kandungan antioksida.Alergi asid terbukti dapat menghalang pertumbuhan tumor dalam paru-paru, payudara ,surviks dan lidah.Sebagai ubat tradisional strawberi diyakini memiliki antibakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan.Strawberi banyak mengandungi vitamin C.