My Followers

Monday, February 21, 2011

DIET

1) JUS PINANG JUGA BOLEH?
    -Mengikut petua tradisional, pinang yang dihancurkan menjadi jus berfungsi dalam menurunkan berat badan. Jus pinang boleh dihasilkan dengan menghiris biji pinang menjadi kepingan yang nipis. Kemudian kepingan pinang yang telah dijemur kering, ditumbuk menjadi serbuk. Bancuh serbuk ke dalam air panas dan biarkan semalaman kemudian diminum pada keesokan harinya. Minum ramuan tersebut selama 2 minggu, dipercayai dapat menurunkan berat badan.

2)AIR PENTING UNTUK DIET
  -Berat masih tidak turun walaupun program diet sudah dijalani buat masa yang lama? Ini mungkin berkait rapat dengan jumlah air yang diminum dalam sehari. Minum air yang kurang daripada 2liter per hari akan melambatkan proses penurunan berat. Ini kerana air sebanyak 2.5liter di badan akan dihidrat untuk setiap hari. Atas sebab itu disarankan orang dewasa minum 2.5liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Manakala bagi anda yang tengah menjalani program diet, dinasihati tambahkan minuman air sebanyak 750ml. 

No comments:

Post a Comment