My Followers

Wednesday, February 23, 2011

PETUA

1.TUBUH KEKAL LANGSING:-
 Kekalkan bentuk tubuh yang langsing dengan mencuba petua ini.Sediakan 1 biji telur ayam kampung, madu dan halia sebesar ibu jari.Tumbuh halia sehingga halus dan campur dengan sedikit air.Perah halia bagi mendapatkan airnya.Biarkan beberapa minit sehingga patinya mendap.Campurkan ia dengan madu dan telur ayam kampung.Kacau dan diminum.


2.UBAT GIGI LEMBUTKAN TAPAK TANGAN:-
CARANYA-Letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang pada tapak tangan.Kemudian ratakanlah sampai timbul buih.Lepas itu bersihkan tangan dengan air.Anda akan dapati tapak tangan anda akan menjadi lembut sekian hari.


3.PENGILAT PERABOT KAYU:-
Warna perabot kayu yang sudah lama digunakan akan menjadi pudar.Untuk kembalikan serinya gosokkan peabot kayu dengan sedikit minyak bayi dengan sehelai kain yang kering dengan lembut.Pastikan minyak tidak meleleh dan lakukan untuk setiap minggu.Perabot akan nampak baru dan berkilat.Cara yang sama juga boleh digunakan atas peti televisyen.


4.MENGHILANGKAN TANDA HANGUS:-
Kesan hangus pada periuk atau kuali memang sukar dihilangkan.Petuanya adalah ambil sedikit tepung penaik (baking soda) bersama sedikit air.Biarkan beberapa jam.Kemudian periuk atau kuali dibersihkan seperti biasa.Dengan cara ini ia akan segera hilang dan bersih.


5.HALIA UBAT KEMBUNG PERUT:-
Sediakan secawan kopi panas yang telah dicampur dengan gula secukupnya.Halia dipotong nipis kemudian ditumbuk halus.Perah air halia kedalam kopi lalu tutup cawan selama 15 minit agar campuran itu sebati.Minum ketika masih panas sedikit demi sedikit.Hasilnya pasti memuaskan.


6.SAMBAL YANG SEDAP:-
Sambal yang sedap mestilah menggunakan cili kering yang berkualiti serta tahan lama.Caranya cili kering digunting kecil-kecil lalu direbus seketika.Kemuadian toskan selama 20 minit.Seterusnya ia digoreng dalam minyak panas kira-kira 10 minit.Jangan terlalu garing.Apabila sejuk, mesin bersama minyak tadi lalu disimpan dalam peti sejuk.Ia akan tahan selama 3 minggu.


7.TANGAN PIJAR KERANA CILI:-
Rasa pijar sememangnya tidak selesa.Ia boleh diatasi segera dengan menyapu sedikit garam ataupun minyak kelapa pada tangan dan dekatkan pada bahagian api.Rasa panas seperti terbakar akan terasa seketika, tetapi akan segera hilang.Kemudian cuci dengan sabun dan air bersih.

3 comments:

  1. Assalamualaikum....Pertua Yg Mudah Di Ikuti....Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Salam, nak gunting cili kering kecil2 tu yg malas, karang asyiklah terbersin... heheh..

    ReplyDelete
  3. LIN: Waalaikummussalam.Trima kasih,Lin.

    Sari: Kenalh rajin sari,utk elak dr terbersin,jawabnya beli je cili mesin yg dh siap kt kedai..

    ReplyDelete