My Followers

Tuesday, January 18, 2011

KESIHATAN KULIT

CANTIKKAN KULIT CARA TRADISIONAL:-

1.AIR BERAS-Untuk menengkan kulit wajah.
Air basuhan beras pertama boleh digunakan sebagai pembersih wajah.Biarkan ia kering sebelum dibersihkan sekali lagi degan air bersih.

2.BUAH TOMATO-Dapat melicinkan kulit muka.
Caranya,bersih wajah dengan air suam terlebid dulu.Kemudian gosok dengan buah tomato yang sudah masak ranun.Biarkan ia kering sebelum dibilas dengan air suam.
Buah tomato terkenal dengan kandungan iycopenenya yang mampu mencegah kedutan dan bintik hitam pada kulit akibat sinar matahari.Makan banyak tomato juga dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar matahari.

3.PISANG MUDA;-
Sapukan pisang muda(yang bijinya yang masih berlendir) pada wajah dan ia boleh melicinkan kulit wajah agar nampak muda sentiasa.

4.BELIMBING BESI DAN ASAM JAWA:
Campuran belimbing besi dan asam jawa digunakan sebagai pembersih kulit.Ramas kedua-duanya.Kemudian sapu pada seluruh badan.Ia mampu menanggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal.

5.BERAS PULUT
Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus, boleh digunakan dengan mencampurkannya bersama bedak sejuk untuk dijadikan lulur.Gosokkan ramuan ini pada keseluruh badan.Ia bertindak menanggalkan daki dan sel-sel mati.

6.DAUN INAI
Daun inai ditumbuk halus dan disental pada kulit wajah.Ia berfungsi menghaluskan kulit, menghilangkan jerawat dan memudarkan bekas parut pada wajah.

7.TIMUN
Air timun mengandungi bahan astringent yang baik untuk kulit berminyak dan berperanan sebagai pemutih.Untuk menjadikannya sebagai pemutih hancur,hancurkan 1/2 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu susu segar.Sapukan pada wajah dan biarkan beberapa minit,lalu dibilas dengan air bersih.

8.GULA PASIR
Skrub semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah.Caranya campurkan 1 sudu makan gula halus dengan 1 sudu makan madu.Selepas itu, jadikannya sebagai skrub.

9.MADU
Bersihkan wajah dan sapukan sedikit madu pada jerawat kerana madu mengandungi zat antibakteria yang dapat mengurangkan jerawat.

10.LEMON 
Tahukah kamu!!!!Lemon banyak mengandungi vitamin A,C B1,B2 dan B3 dan ia sesuai untuk kulit jenis berminyak.Caranya,tambahkan 1 sudu teh jus lemon pada putih telur, kemudian kacau sehingga sebati.Selepas itu sapukan rata pada wajah dan biarkan selama 10minit.Setelah itu bersihkan dengan air suam.

2 comments:

  1. cara tradisional ni sebenarnya lebih selamat.. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sudah pasti selamat.Cuma ia perlukan kesabaran utk mengamalkannya.Terima kasih juga dr saya.

    ReplyDelete