My Followers

Tuesday, December 28, 2010

MAKANAN SIHAT

8 RAHSIA MAKANAN SIHAT DAN AWET MUDA
 1)APRIKOT:- 
  • Sumber yang baik asam lemak sehingga mampu menurunkan kolesterol dalam tubuh.Ia kaya dengan vitamin E untuk menjaga kesihatan dan kesemajaan kulit serta mengandungi potassium yang mampu mencegah tekanan darah tinggi
 2)SAYURAN HIJAU:-
  • Terutama jenis sayuran seperti brokoli dan lobak sangat baik untuk mencegah kanser serta mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh.Sebaiknya ambil 115gm sayuran ini setiap hari.
  • Sebaiknya dimakan mentah sesudah dicuci agar enzim penting yang ada didalamnya tetap ada.
3)BAWANG PUTIH:-
  • Memakan bawang putih dimasak ataupun mentah dikatakan mampu membantu tubuh melawan sel kanser dan penyakit jantung.
  • Ia juga boleh menurunkan kadar kolesterol dan punya kesan yang lebih baik dalam melancarkan peredaran darah.
4)KACANG-KACANG:-
  • Bermanfaat untuk melancarkan pencernaan, sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser juga menurunkan kolesterol.
5)TEMBIKAI:-
  • Isinya mahupun bijian sama-sama kaya dengan nutrisi.Ianya mengandungi selenium, lemak esensial, zink dan vitamin E.Semuanya baik untuk mencegah radikal bebas dan penuaan dalam tubuh.Jadi agar tidak rugi, kamu disarankan membuat air tembikai.Jadi boleh lengkap minum bersama bijinya.
6)KACANG SOYA:-
  • Berita baik buat para wanita kerana kacang soya mampu membantu menjaga keseimbangan hormon estrogen didalam tubuh.Kesannya.??Boleh melambatkan waktu menopause.Selain itu ia juga boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer dan Osteoporsis.
7)BIJI-BIJIAN:
  • Selain merupakan sumber protein biji-bijian juga punya tingkat Antioksidan yang sangat tinggi.Lebih hebatnya lagi ia juga mengandungi kalori yang boleh membuat kamu rasa lebih kenyang.Andai kamu sedang dalam program menguruskan badan cuba mengambil sekitar 3 sampai 5 makanan yang mengandungi biji-bijian juga membuat 'bean salad'.Sihat dan enak.!!!
8)WHOLEMEAL PASTA:-
  • Karbohidrat kompleks boleh memberikan tenaga yang terus menerus pada tubuh sehingga kamu punya tenaga melakukan pekerjaan sehari-hari.Tidak hairanlah 'Wholemeal  Pasta' merupakan contoh terbaik dan sumber karbohidrat kompleks.Selain kaya akan serat kandungan zat besinya juga dua kali lebih banyak berbanding pasta biasa.'Brown rice' juga sumber lain yang boleh kamu cuba.Selain kaya serat,vitamin B juga.

No comments:

Post a Comment