Asam Jawa
Asam jawa dapat digunakan sebagai alternatif bagi membantu memulihkan beberapa jenis penyakit seperti :
1) Meredakan sakit kepala dan demam panas.
- Bancuhkan asam jawa bersama air sejuk. Kemudian rendam tuala muka di dalam air tersebut seketika. Perah sedikit sebelum diletakkan pada dahi.
2) Batuk.
- Campurkan ramuan asam jawa dengan sedikit gula batu dan embunkan semalaman sebelum diminum keesokkan pagi.
3) Penyakit asma.
- Air rebusan kulit batang asam jawa yang pahit digunakan untuk mengurangkan sakit ini.
Assalamualaikum!!!! Saya Saza Haiza adalah seorang suri rumah sepenuh masa,berasal dari negeri Terengganu Darul Iman.. Saya gemar membaca,menulis dan mengumpul resepi.Sebab itulah blog saya dipenuhi dengan buku-buku.Resepi-resepi,tip,info dan petua saya dapati melalui pembacaan saya dari majalah-majalah seperti Keluarga,Remaja,Harmoni,Rapi,Saji Suratkhabar dan buku petua..
My Followers
Thursday, November 3, 2011
Monday, October 24, 2011
SENAMAN MATA DAN MULUT
SENAMAN UNTUK MATA
SENAMAN UNTUK MULUT
- Gerakan kedua mata ke arah kiri atas. Kemudian gerakan ke arah bahagian sudut kanan bawah. Ulangi gerakan ini 8 kali.
- Gerakan mata anda ke arah sudut kanan atas. Kemudian ke sudut kiri bawah. Lakukan 8 kali.
- Gerakan mata anda ke atas dan kemudian ke bawah 8 kali.
- Yang terakhir membuat gerakan mengelilingi mata. Pertama gerakan ke arah kanan seperti mengelilingi membentuk lingkaran oval. Dan kemudian kelilingkan gerakan tersebut ke arah kiri.
SENAMAN UNTUK MULUT
- Gerakannya adalah anda membentuk mulut dengan menyebut huruf A,I,O dan E. Lakukan gerakan ini dengan menyebut huruf tersebut setepat-tepatnya. Misalnya huruf O sehingga mulut mengecil sekecil-kecilnya. Atau huruf E selebar-lebarnya.
- Manfaat gerakan mulut ini untuk menggerakkan otot-otot di sekitar mulut.
- Kerajinan melakukan senaman mulut dapat mengurangkan timbulnya garis kedut di bahagian tepi mulut.
- Semua jenis gerakan ini berguna untuk menyegarkan wajah jika dilakukan secara rutin.
Thursday, October 20, 2011
MANGGA THAI BLENDED
Ganbar hiasan shja.
MANGGA THAI BLENDED
Bahan-bahan
MANGGA THAI BLENDED
Bahan-bahan
- 1/2 biji isi mangga masak
- 1 potong nanas
- 1 sudu makan air gula
- 1 sudu makan sirap merah
- 1 gelas ais yang telah dikisar
- Kisar isi buah mangga dan dapatkan dalam gelas jus mangga. Kemudian kisar pula nanas.
- Masukkan isi buah mangga dan nanas ke dalam bekas pengisar bersama air gula. Masukkan ais yang telah siap dikisar. Kisar seketika. Tuangkan di dalam gelas. Kemudian tuangkan sirap merah. Hidangkan.
Monday, October 17, 2011
RESEPI MINUMAN 4
MINUMAN TEMBIKAI SUSU KACANG SOYA
BAHAN-BAHAN:-
- 300-500ml susu kacang soya
- 1/2 biji tembikai susu(dipotong kecil)
- 1 sudu besar biji selasih(rendam dengan sedikit air suam)
- 2 sudu besar madu
- ketulan ais jika suka
HIASAN:-
Hirisan tembikai susu dan ceri merah
CARA MEMBUAT:-
1)Kisar tembikai susu dan campurkan dengan kacang soya, madu dan biji selasih.Kacau rata.
2)Tuang ke dalam gelas kaca dan hias.Kemudian hidang dingin.
UNTUK KESIHATAN
Tembikai susu banyak kandungan air dan terdapat sekurang-kurangnya dua jenis tembikai susu iaitu kuning pucat dan kuning.Berbau harum dan manis apabila masak.
Saturday, October 15, 2011
SUP
Sup Kurma Dan Lobak Merah.
Bahan:
Cara membuat:
Bahan:
- 6 biji buah kurma (dibuang biji dan dicincang)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 batang seleri (dipotong kecil)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 sm halia (dipotong halus)
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 2 sudu besar tepung serba guna
- 1 liter stok ayam tanpa garam
- 2 batang lobak merah (dipotong dadu)
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1/2 sudu kecil serbuk kari (lebihkan jika gemar rasa kari)
- sedikit serbuk cili, garam dan serbuk lada suluh
- 1 sudu besar jus limau
Cara membuat:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang, seleri, bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan tepung dan kacau rata. tuangkan stok ayam, dan kacau sehingga tepung sebati.
- Masukkan lobak merah, serbuk jintan, kari, cili dan lada sulah.
- Biarkan mendidih dan masukkan buah kurma serta jus limau.
- Apabila mendidih, kisar. (boleh juga dimakan tanpa dikisar)
- Rasa garamnya dan tuangkan sedikit dadih sebelum dihidangkan.
Thursday, October 13, 2011
HIDANGAN SUP UNTUK DIET SIHAT
BONUS KESIHATAN
Hidangan sup dan roti kaya dengan pelbagai khasiat seperti
protein,karbohidrat dan vitamin. Sesuai dijadikan menu pilihan
untuk mereka yang mementingkan pemakanan yang sihat.
Sebagai bonus,berat badan yang berlebihan boleh dikurangkan.
SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM
BAHAN:
10keping cendawan kering (direndam dan dihiris nipis)
1bawang besar (dihiris nipis)
3ulas bawang putih (dikisar)
500-600ml stok ayam
3batang cili kering(dibuang tangkainya)
6keping filamen ketam
4 sudu besar beras perang (brown rice)
2-3 sudu besar cuka epal
2-3 sudu kecil tepung serba guna yang
dilarutkan di dalam sedikit air
garam dan serbuk lada suluh
CARA MEMBUAT
1. Masukkan cendawan,bawang besar,bawang putih,
stok ayam dan beras ke dalam
bekas tahan panas.
2. Didihkan sehingga beras masak dan
lembut.
3. Masukkan cili kering,filamen,cuka,
garam dan serbuk lada suluh.
4. Setelah mendidih, masukkan larutan
tepung dan biar pekat.
5.Hidang panas.
Friday, October 7, 2011
KUNYIT..

KUNYIT
PENAWAR BENGKAK DI BADAN
BAHAN:-
1 tongkol ibu kunyit,diparut
sedikit kapur sireh
CARA:-
Kedua-dua bahan dicampur,dibubuh sedikit ait,lalu digaul hingga rata dan disapu pada tempat yang bengkak.
PENAWAR KURAP DAN GATAL
CARA:-
kunyit hidup,dipotong mana-mana hujungnya
sedikit kapur sireh
BAHAN:-
Sapukan kunyit pada kapur sireh,kemudian gosok-gosokkan dengan agak kuat kepada kurap di badan.
*Amalkan 3xkali sehari setiap hari.
PENAWAR KENCING TAK LAWAS
CARA:-
6cm kunyit,diparut,diperah,ditapis dan diambil airnya.
1 1/2 sudu besar madu
BAHAN:-
Campurkan kedua-dua bahan dan gaul hingga sebati.Kemudian diminum.Amalkan 2xkali sehari.
*Cara ini juga dapat menyihatkan badan dan dapat menwarkan penyakit kulit.
Subscribe to:
Posts (Atom)