My Followers

Saturday, October 15, 2011

SUP

Sup Kurma Dan Lobak Merah.

Bahan:

  • 6 biji buah kurma (dibuang biji dan dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 batang seleri (dipotong kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sm halia (dipotong halus)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar tepung serba guna
  • 1 liter stok ayam tanpa garam
  • 2 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari (lebihkan jika gemar rasa kari)
  • sedikit serbuk cili, garam dan serbuk lada suluh
  • 1 sudu besar jus limau


Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang, seleri, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan tepung dan kacau rata. tuangkan stok ayam, dan kacau sehingga tepung sebati.
  3. Masukkan lobak merah, serbuk jintan, kari, cili dan lada sulah.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan buah kurma serta jus limau.
  5. Apabila mendidih, kisar. (boleh juga dimakan tanpa dikisar)
  6. Rasa garamnya dan tuangkan sedikit dadih sebelum dihidangkan.

6 comments:

  1. Salam haiza,kak sini mendung macam nak hujan lebat.Hirup sup ni sedap kot.

    ReplyDelete
  2. Wahhh..tak pernah pula masak sup letak kurma.. Mesti rasa manis2 sikit sup ni kan.

    ReplyDelete
  3. Puan Ros : W.Slm.Memang sedap makan sup panas2 trutama masa cuaca sejuk.

    ReplyDelete
  4. Nadz : Entahlah nadz.Saya pn pertama kali jumpa resepi sup ni,Kalau nak tau rasanya macammana,jom kita pakat cuba buat...

    ReplyDelete