My Followers

Thursday, September 15, 2011

BELIMBING

             






BELIMBING..




1)PENAWAR DARAH TINGGI 

BAHAN:-
1 Biji buah belimbing besar, berwana hijau
CARA:
Buang semua bijinya,ditumbuk,diperahm dan   ditapis
ambil airnya, kemudian diminum, secara berkali-kali.
cara ini juga dapat menawar penyakit kencing manis dan pitam-pitam.

2 Penawar  Batuk  
Bahan:
daun belimbing buluh.
bunga belimbing buluh.
buah belimbing buluh.

Semua  bahan  hendaklah dalam kuantiti yang sama banyak.

Cara: bahan-bahan hendaklah direbus dengan air yang berpatutan
 hingga mendidih, sejukkkan, tapis dan minum tiga kali sehari.

Monday, September 12, 2011


1-PENAWAR GATAL

BAHAN:-
1 Helai daun betik muda,ditumbuk dan direbus dengan air yang sepatutnya,biarkan sejuk.Kemudian ditapis dan diambil airnya.
1 1/2 sudu besar madu
CARA:-
Kedua-duanya bahan dicampur, dikacau rata dan diminum oleh orang yang berpenyakit gatal,1 gelas sekali minum sebanyak 3 kali sehari.

2-PENAWAR KENA API

BAHAN:-
Getah betik
CARA:-
Sapukan getah betik di tempat yang terkena api,ia dapat menghilangkan rasa sakit dan dapat mencegah daripada menjadi gelembung yang boleh mengoyakkan kulit yang boleh menyakitkan.
Cara yang sama juga boleh menawar ketuat dengan jalan menyapu getah betik pada ketuat 2 hari sekali selama 7 hari.

3-PENAWAR PERUT MEMULAS

BAHAN:-
1 Helai daun betik
CARA:-
Direbus dengan 6 gelas air hingga mendidih,sejukkan dan diminum 3 kali sehari,1 gelas tiap kali minum.
Cara ini juga dapat menjadi penawar berak berdarah. 

Thursday, September 8, 2011

BAWANG MERAH..

1)PENAWAR LUKA:-


BAHAN
3 Ulas bawang merah,ditumbuk lumut
sedikit asam jawa
CARA
Campurkan kedua-dua bahan tersebut,ramas-ramaskan,kemudian disapukan pada tempat luka.


2)PENAWAR GIGTAN NYAMUK:-


BAHAN
1 Ulas bawang merah dikupas
CARA
Potong bawang merah itu di bahagian atas atau bawahnya,kemudian genyeh-genyeh atau gosok-gosokkan di tempat yang kena gigit itu,


3)PENAWAR TERPIJAK PAKU BERKARAT:-


BAHAN
Bawang merah
Panggang bawang merah ke atas api,kemudian lecek-lecekkan sedikit supaya pecah,lalu tempelkan di tempat yang luka terpijak paku dan seterusnya dibalut kemas.


4)PENAWAR SELSEMA:-




BAHAN 

5 Ulas bawang merah,dimayang

1 sudu besar minyak kelapa
CARA
Kedua-dua bahan dicampur dan digaul hingga rata,kemudian dimakan begitu sahaja, ataupun dimakan dengan roti ataupun nasi sebagai ulam.

Tuesday, June 14, 2011

KEMBALI LAGI....

           Terlebih dulu saya ingin memints mssf kerana lama tak bersiaran.Ini disebabkan berlaku beberapa masalah yang tidak dapat nak dielakkan.Ada 5 petua istimewa lagi yang saya nak hadiahkan kat sini.Tapi hari ini saya cuma bagi petua untuk bawang putih sahaja.Yang selebihnya, 4 petua lagi akan saya update pada masa akan datang.Harap semuanya sabar menunggu ya..!!


1.BAWANG PUTIH
Penawar sengatan
Bahan:-
2 ulas bawang putih dtumbuk lumat
CARA2:-
Tampal bawang tersebut pada tempat yang kena gigitan kala jengking atau lipan..


PENAWAR SAKIT KEPALA...
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
CARA2:-
Ppuk bawang putih itu diatas dahi


PENAWAR BATUK DAN LELAH..
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk, diperah dan diambil airnya
1 sudu besar madu
1 sudu teh gula


Cara2:-
Ketiga-tiga bahan dicampur, lalu digaul hingga rata.Kemudian dimakan semua.


PENAWAR SAKIT GIGI
Bahan:-
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu teh minyak sapi


Cara2:-
Campurkan kedua-dua bahan dan dipanaskan sekejap.Kemudian sumbat ke dalam gigi lubang.


PENAWAR SELSEMA..
Bahan:-
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3 sudu besar madu


Cara2:-
Kedua-dua bahan hendaklah dicampur dan digaul rata.Kemudian diminum.
Cara ini juga boleh menawar penyakit kemasukan angin, batuk dan sakit kepala.

HADIAH DARIPADA BLOG ANTAN BERTINGKAH



Sukanya hati apabila ada orang yang bagi hadiah iaitu daripada kak  yus-http://antanbertingkah.blogspot.com
Dulu daripada kak Norsafoone..Ke2nya gambar bunga yang menjadi kesukaan saya.Semua bunga-bunga saya gemari kerana ianya mempunyai kecantikannya yang tersendiri.
    Terima kasih Kak Yus.....

Thursday, April 28, 2011

PETUA ISTIMEWA DARIPADA DAPUR

   Sebagai tanda terima kasih kerana anda semua sudi menerima award daripada saya, jadi saya nak hadiahkan petua istimewa ini untuk semua blog-blog masakan yang tumbuh bagaikan cendawan. boleh dikatakan semuanya hebat-hebat belake dan kepada semua yang mengenali bahan-bahan yang ada di dapur masing-masing..hihihi


   Saya anggap petua ini istimewa kerana walaupun bahan-bahan ini mudah di dapati didapur, tetapi selama ini kita tak tahu yang ianya boleh dijadikan petua untuk mengubati penyakit tertentu.


   Sekarang kita lihat apakah bahan-bahan tersebut.


BAWANG BESAR
   -Bahan
     1 labu bawang besar
   -Cara
    Dipotong sedikit bahagian kepalanya, kemudian digosok-gosokkan berulang-ulang kali pada tempat yang disengat lipan, lebah, tebuan dan sebagainya setelah dipastikan sengatnya telah tiada lagi.


PENAWAR SEDUAN(RESDUNG)
   -Cara
   -1 labu bawang besar
   -Cara
   Direbus dengan air kira-kira selama 10minit. Bila sudah sejuk perah bawang besar itu ke dalam sebuah bekas, dan ambil perahan airnya untuk dititik ke dalam hidung setitik demi setitik, sebanyak 5 hingga 6 titik.
    Selepas itu pengidap resdung akan bersin bertalu-talu hingga keluar segala hingus dan lendir di dalam hidungnya.
    Namun begitu 3 hingga 4 minit kemudian ia akan berhenti dengan sendirinya


TEH BAWANG BESAR YANG BERKHASIAT
   -Cara
     3labu bawang bersama-sama kulit,dipotong-potong
   -Cara
     Jerang bersama-sama dengan 1liter air bersih selama 15 minit, kemudian sejukkan.Sebaik-baiknya diminum 2kali sehari, iaitu sebelum makan tengahari, dan juga sebelum tidur diwaktu malam.
   

Sunday, April 24, 2011

AWARD DARI SAZA HAIZA

      Sekarang giliran saya pula untuk memberi award. Asyik saya je yang menerima ,jadi saya nak memberilah pula.
      Award ini direka oleh anak saya yang ke-2, Syahirah. Terima kasih umi ucapkan kerana bersusah-payah mencipta award yang istimewa ini. Jadi saya nak tujukan award ini kepada blog-blog yang banyak memberi maklumat dan ilmu masakan yang sentiasa up to date serta yang saya kagumi. Diharap kepada sesiapa yang tersenarai ,sudilah menerima award ini ya!

Senarai Nice Blogger Award!!


NICE BLOGGER AWARD
 


Dan ini pula adalah award untuk followers

AWARD FOLLOWERS

Award ini diberikan kepada semua Follower SAZA HAIZA.
Kepada semua followers, diharap sudilah menerima award yang tak seberapanya ini daripada saya, kerana tanpa sokongan anda, blog ini tidak akan bertahan sehingga ke hari ini.
TERIMA KASIH...!!!
(>_<)