My Followers

Thursday, September 8, 2011

BAWANG MERAH..

1)PENAWAR LUKA:-


BAHAN
3 Ulas bawang merah,ditumbuk lumut
sedikit asam jawa
CARA
Campurkan kedua-dua bahan tersebut,ramas-ramaskan,kemudian disapukan pada tempat luka.


2)PENAWAR GIGTAN NYAMUK:-


BAHAN
1 Ulas bawang merah dikupas
CARA
Potong bawang merah itu di bahagian atas atau bawahnya,kemudian genyeh-genyeh atau gosok-gosokkan di tempat yang kena gigit itu,


3)PENAWAR TERPIJAK PAKU BERKARAT:-


BAHAN
Bawang merah
Panggang bawang merah ke atas api,kemudian lecek-lecekkan sedikit supaya pecah,lalu tempelkan di tempat yang luka terpijak paku dan seterusnya dibalut kemas.


4)PENAWAR SELSEMA:-




BAHAN 

5 Ulas bawang merah,dimayang

1 sudu besar minyak kelapa
CARA
Kedua-dua bahan dicampur dan digaul hingga rata,kemudian dimakan begitu sahaja, ataupun dimakan dengan roti ataupun nasi sebagai ulam.

No comments:

Post a Comment