My Followers

Thursday, October 13, 2011

HIDANGAN SUP UNTUK DIET SIHAT



BONUS KESIHATAN

Hidangan sup dan roti kaya dengan pelbagai khasiat seperti
protein,karbohidrat dan vitamin. Sesuai dijadikan menu pilihan
untuk mereka yang mementingkan pemakanan yang sihat.
Sebagai bonus,berat badan yang berlebihan boleh dikurangkan.


SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM

BAHAN: 
10keping cendawan kering (direndam dan dihiris nipis)
1bawang besar (dihiris nipis)
3ulas bawang putih (dikisar)
500-600ml stok ayam
3batang cili kering(dibuang tangkainya)
6keping filamen ketam 
4 sudu besar beras perang (brown rice)
2-3 sudu besar cuka epal
2-3 sudu kecil tepung serba guna yang
dilarutkan di dalam sedikit air
garam dan serbuk lada suluh

CARA MEMBUAT
1. Masukkan cendawan,bawang besar,bawang putih,
stok ayam dan beras ke dalam
bekas tahan panas.
2. Didihkan sehingga beras masak dan 
lembut.
3. Masukkan cili kering,filamen,cuka,
garam dan serbuk lada suluh.
4. Setelah mendidih, masukkan larutan 
tepung dan biar pekat.
5.Hidang panas.

Friday, October 7, 2011

KUNYIT..



KUNYIT





















PENAWAR BENGKAK DI BADAN


BAHAN:-
1 tongkol ibu kunyit,diparut
sedikit kapur sireh
CARA:-
Kedua-dua bahan dicampur,dibubuh sedikit ait,lalu digaul hingga rata dan disapu pada tempat yang bengkak.


PENAWAR KURAP DAN GATAL


CARA:-
kunyit hidup,dipotong mana-mana hujungnya
sedikit kapur sireh
BAHAN:-
Sapukan kunyit pada kapur sireh,kemudian gosok-gosokkan dengan agak kuat kepada kurap di badan.
*Amalkan 3xkali sehari setiap hari.


PENAWAR KENCING TAK LAWAS


CARA:-
6cm kunyit,diparut,diperah,ditapis dan diambil airnya.
1 1/2 sudu besar madu
BAHAN:-
Campurkan kedua-dua bahan dan gaul hingga sebati.Kemudian diminum.Amalkan 2xkali sehari.
*Cara ini juga dapat menyihatkan badan dan dapat menwarkan penyakit kulit.

Thursday, September 15, 2011

BELIMBING

             






BELIMBING..




1)PENAWAR DARAH TINGGI 

BAHAN:-
1 Biji buah belimbing besar, berwana hijau
CARA:
Buang semua bijinya,ditumbuk,diperahm dan   ditapis
ambil airnya, kemudian diminum, secara berkali-kali.
cara ini juga dapat menawar penyakit kencing manis dan pitam-pitam.

2 Penawar  Batuk  
Bahan:
daun belimbing buluh.
bunga belimbing buluh.
buah belimbing buluh.

Semua  bahan  hendaklah dalam kuantiti yang sama banyak.

Cara: bahan-bahan hendaklah direbus dengan air yang berpatutan
 hingga mendidih, sejukkkan, tapis dan minum tiga kali sehari.

Monday, September 12, 2011


1-PENAWAR GATAL

BAHAN:-
1 Helai daun betik muda,ditumbuk dan direbus dengan air yang sepatutnya,biarkan sejuk.Kemudian ditapis dan diambil airnya.
1 1/2 sudu besar madu
CARA:-
Kedua-duanya bahan dicampur, dikacau rata dan diminum oleh orang yang berpenyakit gatal,1 gelas sekali minum sebanyak 3 kali sehari.

2-PENAWAR KENA API

BAHAN:-
Getah betik
CARA:-
Sapukan getah betik di tempat yang terkena api,ia dapat menghilangkan rasa sakit dan dapat mencegah daripada menjadi gelembung yang boleh mengoyakkan kulit yang boleh menyakitkan.
Cara yang sama juga boleh menawar ketuat dengan jalan menyapu getah betik pada ketuat 2 hari sekali selama 7 hari.

3-PENAWAR PERUT MEMULAS

BAHAN:-
1 Helai daun betik
CARA:-
Direbus dengan 6 gelas air hingga mendidih,sejukkan dan diminum 3 kali sehari,1 gelas tiap kali minum.
Cara ini juga dapat menjadi penawar berak berdarah. 

Thursday, September 8, 2011

BAWANG MERAH..

1)PENAWAR LUKA:-


BAHAN
3 Ulas bawang merah,ditumbuk lumut
sedikit asam jawa
CARA
Campurkan kedua-dua bahan tersebut,ramas-ramaskan,kemudian disapukan pada tempat luka.


2)PENAWAR GIGTAN NYAMUK:-


BAHAN
1 Ulas bawang merah dikupas
CARA
Potong bawang merah itu di bahagian atas atau bawahnya,kemudian genyeh-genyeh atau gosok-gosokkan di tempat yang kena gigit itu,


3)PENAWAR TERPIJAK PAKU BERKARAT:-


BAHAN
Bawang merah
Panggang bawang merah ke atas api,kemudian lecek-lecekkan sedikit supaya pecah,lalu tempelkan di tempat yang luka terpijak paku dan seterusnya dibalut kemas.


4)PENAWAR SELSEMA:-




BAHAN 

5 Ulas bawang merah,dimayang

1 sudu besar minyak kelapa
CARA
Kedua-dua bahan dicampur dan digaul hingga rata,kemudian dimakan begitu sahaja, ataupun dimakan dengan roti ataupun nasi sebagai ulam.

Tuesday, June 14, 2011

KEMBALI LAGI....

           Terlebih dulu saya ingin memints mssf kerana lama tak bersiaran.Ini disebabkan berlaku beberapa masalah yang tidak dapat nak dielakkan.Ada 5 petua istimewa lagi yang saya nak hadiahkan kat sini.Tapi hari ini saya cuma bagi petua untuk bawang putih sahaja.Yang selebihnya, 4 petua lagi akan saya update pada masa akan datang.Harap semuanya sabar menunggu ya..!!


1.BAWANG PUTIH
Penawar sengatan
Bahan:-
2 ulas bawang putih dtumbuk lumat
CARA2:-
Tampal bawang tersebut pada tempat yang kena gigitan kala jengking atau lipan..


PENAWAR SAKIT KEPALA...
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
CARA2:-
Ppuk bawang putih itu diatas dahi


PENAWAR BATUK DAN LELAH..
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk, diperah dan diambil airnya
1 sudu besar madu
1 sudu teh gula


Cara2:-
Ketiga-tiga bahan dicampur, lalu digaul hingga rata.Kemudian dimakan semua.


PENAWAR SAKIT GIGI
Bahan:-
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu teh minyak sapi


Cara2:-
Campurkan kedua-dua bahan dan dipanaskan sekejap.Kemudian sumbat ke dalam gigi lubang.


PENAWAR SELSEMA..
Bahan:-
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3 sudu besar madu


Cara2:-
Kedua-dua bahan hendaklah dicampur dan digaul rata.Kemudian diminum.
Cara ini juga boleh menawar penyakit kemasukan angin, batuk dan sakit kepala.

HADIAH DARIPADA BLOG ANTAN BERTINGKAH



Sukanya hati apabila ada orang yang bagi hadiah iaitu daripada kak  yus-http://antanbertingkah.blogspot.com
Dulu daripada kak Norsafoone..Ke2nya gambar bunga yang menjadi kesukaan saya.Semua bunga-bunga saya gemari kerana ianya mempunyai kecantikannya yang tersendiri.
    Terima kasih Kak Yus.....