My Followers

Tuesday, June 14, 2011

KEMBALI LAGI....

           Terlebih dulu saya ingin memints mssf kerana lama tak bersiaran.Ini disebabkan berlaku beberapa masalah yang tidak dapat nak dielakkan.Ada 5 petua istimewa lagi yang saya nak hadiahkan kat sini.Tapi hari ini saya cuma bagi petua untuk bawang putih sahaja.Yang selebihnya, 4 petua lagi akan saya update pada masa akan datang.Harap semuanya sabar menunggu ya..!!


1.BAWANG PUTIH
Penawar sengatan
Bahan:-
2 ulas bawang putih dtumbuk lumat
CARA2:-
Tampal bawang tersebut pada tempat yang kena gigitan kala jengking atau lipan..


PENAWAR SAKIT KEPALA...
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
CARA2:-
Ppuk bawang putih itu diatas dahi


PENAWAR BATUK DAN LELAH..
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk, diperah dan diambil airnya
1 sudu besar madu
1 sudu teh gula


Cara2:-
Ketiga-tiga bahan dicampur, lalu digaul hingga rata.Kemudian dimakan semua.


PENAWAR SAKIT GIGI
Bahan:-
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu teh minyak sapi


Cara2:-
Campurkan kedua-dua bahan dan dipanaskan sekejap.Kemudian sumbat ke dalam gigi lubang.


PENAWAR SELSEMA..
Bahan:-
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3 sudu besar madu


Cara2:-
Kedua-dua bahan hendaklah dicampur dan digaul rata.Kemudian diminum.
Cara ini juga boleh menawar penyakit kemasukan angin, batuk dan sakit kepala.

HADIAH DARIPADA BLOG ANTAN BERTINGKAH



Sukanya hati apabila ada orang yang bagi hadiah iaitu daripada kak  yus-http://antanbertingkah.blogspot.com
Dulu daripada kak Norsafoone..Ke2nya gambar bunga yang menjadi kesukaan saya.Semua bunga-bunga saya gemari kerana ianya mempunyai kecantikannya yang tersendiri.
    Terima kasih Kak Yus.....

Thursday, April 28, 2011

PETUA ISTIMEWA DARIPADA DAPUR

   Sebagai tanda terima kasih kerana anda semua sudi menerima award daripada saya, jadi saya nak hadiahkan petua istimewa ini untuk semua blog-blog masakan yang tumbuh bagaikan cendawan. boleh dikatakan semuanya hebat-hebat belake dan kepada semua yang mengenali bahan-bahan yang ada di dapur masing-masing..hihihi


   Saya anggap petua ini istimewa kerana walaupun bahan-bahan ini mudah di dapati didapur, tetapi selama ini kita tak tahu yang ianya boleh dijadikan petua untuk mengubati penyakit tertentu.


   Sekarang kita lihat apakah bahan-bahan tersebut.


BAWANG BESAR
   -Bahan
     1 labu bawang besar
   -Cara
    Dipotong sedikit bahagian kepalanya, kemudian digosok-gosokkan berulang-ulang kali pada tempat yang disengat lipan, lebah, tebuan dan sebagainya setelah dipastikan sengatnya telah tiada lagi.


PENAWAR SEDUAN(RESDUNG)
   -Cara
   -1 labu bawang besar
   -Cara
   Direbus dengan air kira-kira selama 10minit. Bila sudah sejuk perah bawang besar itu ke dalam sebuah bekas, dan ambil perahan airnya untuk dititik ke dalam hidung setitik demi setitik, sebanyak 5 hingga 6 titik.
    Selepas itu pengidap resdung akan bersin bertalu-talu hingga keluar segala hingus dan lendir di dalam hidungnya.
    Namun begitu 3 hingga 4 minit kemudian ia akan berhenti dengan sendirinya


TEH BAWANG BESAR YANG BERKHASIAT
   -Cara
     3labu bawang bersama-sama kulit,dipotong-potong
   -Cara
     Jerang bersama-sama dengan 1liter air bersih selama 15 minit, kemudian sejukkan.Sebaik-baiknya diminum 2kali sehari, iaitu sebelum makan tengahari, dan juga sebelum tidur diwaktu malam.
   

Sunday, April 24, 2011

AWARD DARI SAZA HAIZA

      Sekarang giliran saya pula untuk memberi award. Asyik saya je yang menerima ,jadi saya nak memberilah pula.
      Award ini direka oleh anak saya yang ke-2, Syahirah. Terima kasih umi ucapkan kerana bersusah-payah mencipta award yang istimewa ini. Jadi saya nak tujukan award ini kepada blog-blog yang banyak memberi maklumat dan ilmu masakan yang sentiasa up to date serta yang saya kagumi. Diharap kepada sesiapa yang tersenarai ,sudilah menerima award ini ya!

Senarai Nice Blogger Award!!


NICE BLOGGER AWARD
 


Dan ini pula adalah award untuk followers

AWARD FOLLOWERS

Award ini diberikan kepada semua Follower SAZA HAIZA.
Kepada semua followers, diharap sudilah menerima award yang tak seberapanya ini daripada saya, kerana tanpa sokongan anda, blog ini tidak akan bertahan sehingga ke hari ini.
TERIMA KASIH...!!!
(>_<)

Saturday, April 23, 2011

PETUA 3

1) KEJU TAHAN LAMA
 -Keju merupakan bahan yang banyak digunakan terutamanya dalam masakan Barat. Namun begitu keju akan mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik. Sekiranya anda tidak mempunyai peti sejuk untuk menyimpan keju tersebut, lembapkan sehelai kain bersih dengan air garam lalu balut keju dengan rapat. Hasilnya, keju akan tahan lebih lama.


2) KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH
 - Pengambilan minyak kacang tanah secara kerap mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dalam darah. Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E, dan K, kalsium, asid amino dan sebagainya. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur(insomnia)


3) DAUN KUBIS PELEMPAB MUKA
 - Jika ingin mendapatkan pelembap muka semula jadi tanpa membazirkan wang, ambil beberapa helai daun kubis. Kisarkan daun kubis bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher. Biarkan selama 20minit lalu bersihkan dengan kapas yang lembap. Kulit anda pasti akan berasa lebih tegang dan sentiasa lembap.


4) HILANGKAN BISUL DENGAN BAWANG PUTIH
 - Jika terkena bisul, jangan biarkan ia membesar kerana ia bukan sahaja menyakitkan malahan agak sukar untuk mengubatinya. Apabila anda menyedari anda terkena bisul, segera ambil bawang putih dan gosakkan pada bisul tersebut. InsyaAllah bisul tersebut akan mengecut dengan lebih cepat.


5) KHASIAT PUCUK DAUN JAMBU BATU
 - Pucuk daun jambu batu mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya bagi anda yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan kembung perut. Caranya ,ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan campurkan dengan sedikit garam .Mamah dan telan airnya. InsyaAllah sakit perut anda akan beransur sembuh.


6) SUBURKAN  POKOK BUNGA
 - Akibat daripada kurang penjagaan dan tanah yang tidak subur menyebabkan pokok bunga yang ditanam di rumah kelihatan layu dan tidak subur. Bagi menanganinya cuba taburkan sedikit serbuk  kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda . Dalam tempoh beberapa lama, anda akan melihat pokok bunga anda subur menghijau.

Friday, April 22, 2011

HADIAH KAD DARI FIE

Ini adalah hadiah kad dari Fie. Saya ambil dua sekaligus. Thanks Fie.



dan

Wednesday, April 20, 2011

SEGMEN JOM BERKENALAN



Assalamualaikum. Hari ini ada orang tag saya untuk segmen jom berkenalan iaitu daripada Fie, Bila Periukku Berbunyi. Terima kasih banyak-banyak ya.

    Sebenarnya saya ada banyak masalah yang perlu diselesaikan. Tapi untuk tidak menghampakan, saya akan cuba juga menjawab soalan-soalan di bawah dengan serba ringkas. Walaupun ringkas diharap Fie berpuas hati ya.

Apakah status anda?
Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan isteri kepada En.H....


Ceritakan tentang diri anda?

Nama sebenar saya panjang sikit. Tapi cukuplah saya ringkaskan jadi pendek iaitu W.S.Aziah. Nama Saza Haiza adalah nama singkatan yang saya guna dalam Fb dan blog. Dulu saya bercita-cita nak jadi guru, tapi tiada peluang. Suami saya selalu cakap yang saya macam cikgu sebab kat rumah saya selalu membaca dan menulis....

Cerita Tentang Blog Anda
Saya buat blog ini suka-suka jew.
Mulanya tak berminat ,tapi anak sulung saya yang galakkan. Tak dinafikan ke empat-empat anak saya memainkan peranan dalam terciptanya blog ini. Anak yang ke-2 dan ke-3 selalu tolong taipkan entry-entry baru manakala yang bongsu pula iaitu Syahmi dari blog Engku Syahmi tolong saya untuk mencorakkan design blog ini...

Apa pandangan anda tentangn dunia blog?
Pada pandangan saya, melalui blog kita dapat berkongsi maklumat dan dapat bertukar-tukar pendapat.

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog
Saya ni tak pandai nak bagi nasihat .Rasanya ramai yang pandai buat blog dan masing-masing ada keistimewaannya yang tersendiri...

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Saya rasa blog saya ni biasa je....

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Soalan ni saya tak boleh nak jawab sebab saya tak tahu....mungkin 1bulan atau 2bulan atau pun 1tahun lagi....

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat.
Salam perkenalan dari saya untuk orang-orang yang saya tag....

nurniezza.blogspot.com
ovenkecil.blogspot.com
nasyieen.blogspot.com
nekmaganu.blogspot.com
mamaloveu-basma.blogspot.com
pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com
kaksu72.blogspot.com
ummiesya.blogspot.com
storyofmama.blogspot.com

Segmen Jom Berkenalan ini juga saya tujukan kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi blog SAZA HAIZA ini. Kalau ada masa dan peluang sudi-sudikan lah.....:-)