- PERABOT-Campurkan dengan nisbah 50-50 cuka dan minyak zaiton ke dalam bekas.Percikkan sedikit pada permukaan perabot.Lapkan dengan tuala bersih.Perabot lebih bersih tanpa toksik.
- PETI SEJUK-Rendam seketika tuala bersih dalam campuran air sejuk dan sedikit serbuk penaik.Lapkan dalam peti sejuk.Kemudian perah 1 biji lemon ke dalam 1mangkuk air panas,tabur sedikit garam.Letakkan dalam peti dan biar 1 jam.Proses ini akan menyinkirkan bau kurang enak dan menyinkirkan toksik.
- MANGKUK TANDAS-Taburkan sedikit serbuk penaik disekeliling mangkuk tandas.kemudian bilas guna 1/3cawan cuka dan beruslah.Lakukan 1bulan 1x.
Assalamualaikum!!!! Saya Saza Haiza adalah seorang suri rumah sepenuh masa,berasal dari negeri Terengganu Darul Iman.. Saya gemar membaca,menulis dan mengumpul resepi.Sebab itulah blog saya dipenuhi dengan buku-buku.Resepi-resepi,tip,info dan petua saya dapati melalui pembacaan saya dari majalah-majalah seperti Keluarga,Remaja,Harmoni,Rapi,Saji Suratkhabar dan buku petua..
My Followers
Monday, March 14, 2011
PEMBERSIH SEMULAJADI
Monday, March 7, 2011
PERFUME TAHAN LEBIH LAMA
1) Perfume hendaklah ditutup rapat dan disimpan di tempat yang sejuk, kering dan tidak terkena sinar matahari secara langsung.
2) Untuk membuatkan aromanya lebih tahan lama, sebaiknya semburkan sedikit pada rambut, leher dan belakang telinga. Semburan seperti ini dapat membuatkan aromanya berbau harum, manis dan kekal sepanjang hari.
3) Semakin tinggi kepekatan minyak, semakin wangi dan tahan lama. Ia sesuai untuk semburan malam, manakala untuk siang hari minyak wangi jenis eau de perfume dan eau de toilette adalah pilihan yang sesuai.
4) Sebaiknya semburkannya pada bahagian yang memiliki denyutan nadi seperti pergelangan tangan, pelipat tangan (siku) dan leher.
5) Hindari menyemburkannya terlalu banyak di belakang telinga dan dekat dengan bahagian wajah. Jika tidak kulit akan menjadi bertambah kering.

Thursday, March 3, 2011
PETUA 2
PETUA UNTUK KENTANG
- Sebelum membakar kentang,rendamkan ia ke dalam semangkuk air garam.Biarkan kentang selama 15minit.Kentang akan cepat empuk
- Elakkan menyimpan kentang bersama-sama bawang dalam 1bekas.Tindakan ini akan menyebabkan ianya cepat busuk.
- Sekiranya ingin menggoreng kentang,rendam kentang yang telah dipotong di dalam air sejuk.Biarkan selama 1/2 jam.Kentang goreng akan menjadi lebih rangup.
HILANGKAN BAU HANYIR IKAN
Ikan air tawar memang sedap dimakan.Tetapi tidak seperti ikan laut,anda perlu mengetahui cara membasuh dan memasaknya,jika tidak gulai yand dimasuk tidak luak dimakan.Untuk itu ambil sedikit kapur sirih dan dilarutkan ke dalam mangkuk yang berisi air.Rendamkan ikan selama 10@15minit.Sebelum dibilas bersih.Bau hanyir ikan akan hilang.
AIR KELAPA LEMBUTKAN KULIT
Air kelapa muda memang sedap diminum.Namun berbeza dengan air kelapa tua mampu melembutkan kulit.Caranya bersihkan muka dan keringkan.Lepas itu cuci muka dengan air kelapa tua dan biarkan kering sendiri.Lakukan 3x seminggu dan nantikan hasilnya.
MADU LEGAKAN INSOMNIA
Diserang insomnia memang menyeksakan.Badan letih tetapi mata tidak mahu terpejam.Sekiranya telah pelbagai petua dicuba dan anda masih gagal melelapkan mata,apa kata mencuba madu sebagai alternatif.Sesudah madu berupaya bertindak sebagai penenang dan ubat sekali sebelum tidur.
HALIA SINGKIRKAN KELEMUMUR
Kelemumur menyebabkan kulit kepala berasa gatal-gatal.Untuk itu ambil lebih kurang dua sentimeter halia,buang kulitnya dan tumbuk hingga hancur.Apabila kulit kepala berasa gatal,sapukan halia pada kulit kepala sambil menggosok-gosokknya.Anda mungkin berasa agak pedih.Lakukan beberapa kali.Bukan sahaja kelemumur tetapi rasa gatal kulit kepala akan hilang sekali gus.
HILANGKAN TAHI LALAT
Bagi membuangnya tanpa perlu dibedah, cuba petua ini.Kisar nanas dan limau purut sehingga membentuk seperti krim.Kemudian,sapukan di tempat tahi lalat tersebut.Lakukan 2-3x sehari sehingga ia jatuh sendiri.

Wednesday, February 23, 2011
PETUA
1.TUBUH KEKAL LANGSING:-
Kekalkan bentuk tubuh yang langsing dengan mencuba petua ini.Sediakan 1 biji telur ayam kampung, madu dan halia sebesar ibu jari.Tumbuh halia sehingga halus dan campur dengan sedikit air.Perah halia bagi mendapatkan airnya.Biarkan beberapa minit sehingga patinya mendap.Campurkan ia dengan madu dan telur ayam kampung.Kacau dan diminum.
2.UBAT GIGI LEMBUTKAN TAPAK TANGAN:-
CARANYA-Letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang pada tapak tangan.Kemudian ratakanlah sampai timbul buih.Lepas itu bersihkan tangan dengan air.Anda akan dapati tapak tangan anda akan menjadi lembut sekian hari.
3.PENGILAT PERABOT KAYU:-
Warna perabot kayu yang sudah lama digunakan akan menjadi pudar.Untuk kembalikan serinya gosokkan peabot kayu dengan sedikit minyak bayi dengan sehelai kain yang kering dengan lembut.Pastikan minyak tidak meleleh dan lakukan untuk setiap minggu.Perabot akan nampak baru dan berkilat.Cara yang sama juga boleh digunakan atas peti televisyen.
4.MENGHILANGKAN TANDA HANGUS:-
Kesan hangus pada periuk atau kuali memang sukar dihilangkan.Petuanya adalah ambil sedikit tepung penaik (baking soda) bersama sedikit air.Biarkan beberapa jam.Kemudian periuk atau kuali dibersihkan seperti biasa.Dengan cara ini ia akan segera hilang dan bersih.
5.HALIA UBAT KEMBUNG PERUT:-
Sediakan secawan kopi panas yang telah dicampur dengan gula secukupnya.Halia dipotong nipis kemudian ditumbuk halus.Perah air halia kedalam kopi lalu tutup cawan selama 15 minit agar campuran itu sebati.Minum ketika masih panas sedikit demi sedikit.Hasilnya pasti memuaskan.
6.SAMBAL YANG SEDAP:-
Sambal yang sedap mestilah menggunakan cili kering yang berkualiti serta tahan lama.Caranya cili kering digunting kecil-kecil lalu direbus seketika.Kemuadian toskan selama 20 minit.Seterusnya ia digoreng dalam minyak panas kira-kira 10 minit.Jangan terlalu garing.Apabila sejuk, mesin bersama minyak tadi lalu disimpan dalam peti sejuk.Ia akan tahan selama 3 minggu.
7.TANGAN PIJAR KERANA CILI:-
Rasa pijar sememangnya tidak selesa.Ia boleh diatasi segera dengan menyapu sedikit garam ataupun minyak kelapa pada tangan dan dekatkan pada bahagian api.Rasa panas seperti terbakar akan terasa seketika, tetapi akan segera hilang.Kemudian cuci dengan sabun dan air bersih.

Monday, February 21, 2011
DIET
1) JUS PINANG JUGA BOLEH?
-Mengikut petua tradisional, pinang yang dihancurkan menjadi jus berfungsi dalam menurunkan berat badan. Jus pinang boleh dihasilkan dengan menghiris biji pinang menjadi kepingan yang nipis. Kemudian kepingan pinang yang telah dijemur kering, ditumbuk menjadi serbuk. Bancuh serbuk ke dalam air panas dan biarkan semalaman kemudian diminum pada keesokan harinya. Minum ramuan tersebut selama 2 minggu, dipercayai dapat menurunkan berat badan.
2)AIR PENTING UNTUK DIET
-Berat masih tidak turun walaupun program diet sudah dijalani buat masa yang lama? Ini mungkin berkait rapat dengan jumlah air yang diminum dalam sehari. Minum air yang kurang daripada 2liter per hari akan melambatkan proses penurunan berat. Ini kerana air sebanyak 2.5liter di badan akan dihidrat untuk setiap hari. Atas sebab itu disarankan orang dewasa minum 2.5liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Manakala bagi anda yang tengah menjalani program diet, dinasihati tambahkan minuman air sebanyak 750ml.
Thursday, February 17, 2011
RESEPI MINUMAN 3
JUS EPAL TITORI:-
BAHAN-BAHAN...
1/2 Biji timun 1 biji tomato
1 batang seleri 2 biji epal
CARA-CARA:-
-Besihkan timun,tomato,seleri dan epal.Masukkan kedalam pengisar buah(juicer) satu persatu.
Tapis dan sedia dihidang.
INFO KESIHATAN:-
Berita baik untuk pengamal diet.Jus ini membantu anda mengurangkan berat badan.Ia kaya dengan nutrisi yang serat untuk membantu mengurangkan rasa lapar.Ambil jus ini diantara waktu makan bagi memberikan rasa kenyang berpanjangan.
JUS EPAL LOLIA:-
BAHAN-BAHAN:-
1 biji epal 3 batang lobak merah
1/2 inci halia
CARA-CARA SEPERTI DIATAS....
INFO KESIHATAN:-
Halia memang terkenal dengan khasiat penyembuhannya yang menakjubkan.Ia membantu mencegah dan merawat arthiritis.Gabungan tiga bahan ini memberikan lebih rasa dan meningkatkan lagi khasiatnya.Ia sesuai dijadikan sebagai salah satu minuman sihat sekeluarga.
JUS EPAL MELERI:-
BAHAN-BAHAN:-
3 biji epal hijau 1 batang seleri
1/4 biji bit merah
CARA-CARA SEPERTI DIATAS...
INFO KESIHATAN:-
Jus ini khas untuk wanita.Wanita mempunyai keperluan zat nutrisi berbezapada setiap peringkat umur.Jus istimewa ini membantu mengurangkan simptom Pms dan Menopaus.Ia juga memberikan vitamin dan mineral penting kepada wanita sebelum,semasa dan selepas mengandung.
CHOCOLATE BLENDED SPECIAL..
BAHAN-BAHAN:-
sedikit serbuk coklat sedikit air panas
sedikit susu pekat beberapa ketulan ais
sedikit aiskrim vanila
CARA-CARA:-
Masukkan sebuk coklat, air panas, susu pekat serta ketulan ais.Kisar sehingga hancur.Akhir sekali masukkan aiskrim dan kisar lagi sehingga sebati.Masukkan kedalam gelas dan hidangkan bersama sebuk coklat diatasnya.
INFO KESIHATAN..
Coklat kaya akan 'polyphenols',antioksidan yang melindungi sel-sel dan tubuh daripada radikal bebas penyebab penyakit.Coklat juga mengaktifkan zat kimia otak pembangkit semangat serotonin untuk mencegah tekanan darah tinggi.
JUS OREN SIHAT:-
BAHAN-BAHAN:-
2 biji buah oren sedikit nata de coco
3 sudu besar gula 2 sudu besar susu pekat
air
CARA-CARA:-
Kisar buah oren untuk mendapatkan jusnya.Tapis untuk membuans serat.Masukkan gula,susu dan air.Kisar bersama.Masukkan nata de coco.Jus oren sihat sedia untuk diminum.
ORANGE SHERBET....
BAHAN-BAHAN:-
200gm jus oren 1/2 liter aiskrim
1/2 tin buah-buahan koktel
CARA-CARA:-
Aiskrim dicampurkan bersama jus oren.Letakkan buah-buahan koktel diatasnya.Sedia untuk dimakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)