My Followers

Sunday, April 17, 2011

GIZI SIHAT

1.KUASA PENYEMBUH SUP AYAM
-Sup ayam merupakan makanan yang boleh dijadikan ubat penyembuh penyakit.Semangkuk sup ayam dipercayai mampu menyembuhkan demam,menjaga stamina dan menghalang wabak penyakit.Tambahan bawang putih dan lada didalam sup ayam mampu mencairkan kahak dan membuang lendir.Justeru, tidak hairanlah kebanyakkan doktor menyarankan pesakit-pesakit mereka memakan sup ayam panas ketika mengalami selsema, batuk dan demam.Malah khasiat sup ayam juga tidak terhad kepada isi-isi @ bahan sup sebaliknya wap yang terhasil ketika sup masih panas turut berkesan melegakan hidung tersumbat.


2.LOBAK MERAH-RAWAT LUKA
-Lobak merah sememangnya mempunyai banyak khasiat.Selain memiliki beta karotena yang bagus untuk mata, menurunkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko kanser, lobak merah juga boleh digunakan untuk merawat luka melecur akibat terkena minyak panas.Caranya mudah sahaja.Hanya rendamkan luka didalam air berais dan kemudian balutkannya dengan pembalut yang telah direndamkan didalam jus lobak merah.
-Jus lobak merah juga amat sesuai diamalkan oleh individu yang sedang berdiet kerana ia dapat menambah tenaga.

4 comments:

  1. telan lobak merahh lahh pas ni hahaha

    ReplyDelete
  2. oohhh... tqs for sharing d info.. bagus ni..

    ReplyDelete
  3. thanks yer utk info ni.. klu demam nnt boleh cuba sup ayam panas dulu sebelum telan ubat..

    ReplyDelete