My Followers

Monday, February 21, 2011

DIET

1) JUS PINANG JUGA BOLEH?
    -Mengikut petua tradisional, pinang yang dihancurkan menjadi jus berfungsi dalam menurunkan berat badan. Jus pinang boleh dihasilkan dengan menghiris biji pinang menjadi kepingan yang nipis. Kemudian kepingan pinang yang telah dijemur kering, ditumbuk menjadi serbuk. Bancuh serbuk ke dalam air panas dan biarkan semalaman kemudian diminum pada keesokan harinya. Minum ramuan tersebut selama 2 minggu, dipercayai dapat menurunkan berat badan.

2)AIR PENTING UNTUK DIET
  -Berat masih tidak turun walaupun program diet sudah dijalani buat masa yang lama? Ini mungkin berkait rapat dengan jumlah air yang diminum dalam sehari. Minum air yang kurang daripada 2liter per hari akan melambatkan proses penurunan berat. Ini kerana air sebanyak 2.5liter di badan akan dihidrat untuk setiap hari. Atas sebab itu disarankan orang dewasa minum 2.5liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Manakala bagi anda yang tengah menjalani program diet, dinasihati tambahkan minuman air sebanyak 750ml. 

Thursday, February 17, 2011

RESEPI MINUMAN 3

JUS EPAL TITORI:-


 BAHAN-BAHAN...
1/2 Biji timun                 1 biji tomato
1 batang seleri               2 biji epal


CARA-CARA:-
-Besihkan timun,tomato,seleri dan epal.Masukkan kedalam pengisar buah(juicer) satu persatu.
Tapis dan sedia dihidang.


INFO KESIHATAN:-
Berita baik untuk pengamal diet.Jus ini membantu anda mengurangkan berat badan.Ia kaya dengan nutrisi yang serat untuk membantu mengurangkan rasa lapar.Ambil jus ini diantara waktu makan bagi memberikan rasa kenyang berpanjangan.




JUS EPAL LOLIA:-


BAHAN-BAHAN:-
1 biji epal               3 batang lobak merah
1/2 inci halia


CARA-CARA SEPERTI DIATAS....


INFO KESIHATAN:-
Halia memang terkenal dengan khasiat penyembuhannya yang menakjubkan.Ia membantu mencegah dan merawat arthiritis.Gabungan tiga bahan ini memberikan lebih rasa dan meningkatkan lagi khasiatnya.Ia sesuai dijadikan sebagai salah satu minuman sihat sekeluarga.


JUS EPAL MELERI:-


BAHAN-BAHAN:-
3 biji epal hijau              1 batang seleri
1/4 biji bit merah


CARA-CARA SEPERTI DIATAS...


INFO KESIHATAN:-
Jus ini khas untuk wanita.Wanita mempunyai keperluan zat nutrisi berbezapada setiap peringkat umur.Jus istimewa ini membantu mengurangkan simptom Pms dan Menopaus.Ia juga memberikan vitamin dan mineral penting kepada wanita sebelum,semasa dan selepas mengandung.


CHOCOLATE BLENDED SPECIAL..


BAHAN-BAHAN:-
sedikit serbuk coklat                  sedikit air panas
sedikit susu pekat                       beberapa ketulan ais
sedikit aiskrim vanila


CARA-CARA:-
Masukkan sebuk coklat, air panas, susu pekat serta ketulan ais.Kisar sehingga hancur.Akhir sekali masukkan aiskrim dan kisar lagi sehingga sebati.Masukkan kedalam gelas dan hidangkan bersama sebuk coklat diatasnya.


INFO KESIHATAN..
Coklat kaya akan 'polyphenols',antioksidan yang melindungi sel-sel dan tubuh daripada radikal bebas penyebab penyakit.Coklat juga mengaktifkan zat kimia otak pembangkit semangat serotonin untuk mencegah tekanan darah tinggi.


JUS OREN SIHAT:-


BAHAN-BAHAN:-
2 biji buah oren                  sedikit nata de coco
3 sudu besar gula              2 sudu besar susu pekat
air


CARA-CARA:-
Kisar buah oren untuk mendapatkan jusnya.Tapis untuk membuans serat.Masukkan gula,susu dan air.Kisar bersama.Masukkan nata de coco.Jus oren sihat sedia untuk diminum.


ORANGE SHERBET....


BAHAN-BAHAN:-
200gm jus oren                          1/2 liter aiskrim
1/2 tin buah-buahan koktel


CARA-CARA:-
Aiskrim dicampurkan bersama jus oren.Letakkan buah-buahan koktel diatasnya.Sedia untuk dimakan.

Award dari NAZ

Wednesday, February 16, 2011

SIHAT SEMULAJADI

1.PETAI:-
-Dalam perubatan tradisional melayu, petai dipercayai berkesan merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan masalah kekacingan.


2.UBATI DAAH TINGGI DENGAN CILI PADI:-
-Cili padi terbukti membantu dalam mengubati tekanan darah tinggi dan berfungsi sebagai pembersih bagi sistem pencernaan.Cili juga mengandungi hemostat iaitu suatu zat yang dapat menghentikan aliran darah semasa luka dan berperanan sebagai antiseptik dalam mengelakkan pembiakan bakteria pada permukaan luka.


3.PERIA PAHIT TAPI PENAWAR PENYAKIT:-
-Ia memiliki khasiat dalam mengubati penyakit diabates, kolestrol tinggi, sembelit, masalah hati dan hempedu.Peria dapat meningkatkan penghasilan sel beta oleh pankreas dalam meningkatkan kemampuan tubuh dalam penghasilan insulin, iaitu sejenis hormon yang berfungsi dan mengawal kepekatan glukosa dalam darah.


4.JAGUNG BERFUNGSI DARI ISI KE KULIT:-
-Amalan pengambilan jagung bukan sahaja dapat menguatkan tulang,gigi,rambut dan hati bahkan berfungsi dalam menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta menyelesaikan masalah pembuangan air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.Selain daripada itu, kulit dan bulu jagung boleh digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah dengan menumbuk kedua-dua bahan itu sehingga halus dan tampalkan pada kudis sehingga kering.


5.LOBAK MERAH UNTUK PENAMPILAN .EBIH CANTIK:-
-Lobak baik untuk penglihatan mata.Ia juga turut membantu dalam penyembuhan sembelit, asma, masalah gigi, kesukaran hidup, masalah pembuangan air kencing dan tekanan darah tinggi.Selain daripada itu, bagi golongan yang inginkan penampilan yang lebih cantik dan menarik, amalkanlah tabiat pemakanan lobak merah.Ia dapat memperbaiki dan menjaga kesihatan rambut dan kuku.Bagi kaum wanita pula, ia dapat meningkatkan aliran semasa menstrusi ataupun pengeluaran haid.Kandugan karotina yang tinggi dalam lobak dapat menjauhi tubuh daripada penyakit kanser dan penyakit jantung.Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah makan secara mentah.


6.LEMON MEMBASMI KUMAN:-
-Ia adalah antiseptik semulajadi.Ia mampu mengurangi jangkitan dan menghalang pembiakan kuman.Lemon juga berkesan dalam mengubati masalah kulit.Kini banyak lemon dipasaran kerana ia telah terbukti dapat mengubati sakit kerongkong, meningkatkan sistem ketebalan dan meyembuhkan deman.


7.RUMPAI LAUT HALANG PENUAAN:-
-Amalan pengambilan rumpai laut dapat membantu dalam proses pengubatan penyakit beguk dan kanser.Ia dipercayai mampu melambatkan proses penuaan, meningkatkan pertubuhan rambut dan mengurangkan penyakit asma dan bronkitis.

???????

SALAM SEMUA,,
Kepada sesiapa yang tak sempat saya nak membalas message, harap maaf kerana baru-baru ini laptop saya ada sedikit masalah tetapi sekarang dah okey, dan saya dah sedia untuk berblogging semula.

Wednesday, February 2, 2011

KESAN SEMULAJADI DARI 2 BIJI PISANG

Makan 2 pisang anda akan temui penawar terbaik darinya.Antaranya:-
1.ANEMIA
-Pisang kaya dengan iron.Baik untuk merangsang pengeluaran hemoglobin.Maka ia turut membantu masalah anemia.

2.TEKANAN DARAH TINGGI:-
-Pisang kaya potassium dan rendah kandungan garam.Ia mampu mengurangkan tekanan darah dan angin ahmar.

3.KUASA BERFIKIR:-
-Para pelajar disarankan makan pisang semasa bersarapan, waktu rehat dan masa makan tengah hari untuk merangsang IQ masing-masing.Ia berkesan untuk menjadikan para pelajar lebih peka terhadap pembelajaran mereka.

4.PENING DAN MUAL:-
-1 cara yang paling pantas untuk menghilangkan rasaa pening dan mual ialah dengan menyediakan 1 gelas 'Banana Milk Shake' yang dicampurkan dengan sedikit madu.
-Pisang mampu melegakan perut.Dengan bantuan madu pula ia menurunkan paras gula dalam darah dan susu berkesan untuk melancarkan perjalanan sistem tubuh.

Selain itu, pisang juga membantu sistem saraf, membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin, stress, mencegah strok, mengawal suhu badan, terutama kepada ibu mengandung dan pelbagai lagi.

ESEN PISANG:-
-Boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi berlubang.Caranya ialah dengan mencelup sebatang putik kapas ke dalam esen pisang.Tekankan atau sapukan pada gigi yang berlubang tersebut.

Tuesday, January 25, 2011

INFO PEMAKANAN.....

1.LEGAKAN BATUK DENGAN MADU
        Batuk menyebabkan tekak gatal-gatal dan rasa tidak selesa.Tahukah anda bahawa madu yang dicampur bersama secawan teh panas dan sedikit perahan lemon dapat membantu menghilangkan rasa gatal-gatal itu??Menurut kajian madu bersifat antibacteria di mana menjadi alternatif terapi sinusitis.


2.JUS KOBIS ATASI SEMBELIT
        Kobis bukan sahaja enak dimakan bahkan memberi manfaat kepada kesihatan.Kobis dipercayai melindungi tubuh daripada bahaya radiasi, memperlambatkan pertumbuhan tumor, mengatasi masalah kegatalan kulit dan sebagainya.Segelas jus kobis yang diminum 2 kali sehari membantu mengatasi masalah sembelit.


3.PERIA PENAWAR BISUL
         Disebalik pahit peria terselit 1000 kasiat buat tubuh manusia.Amalkan meminum campuran jus peria dengan 1 sudu teh jus limau dalam tempoh 4-6 bulan dapat merawat masalah darah kotor dan fungus seperti bisul, gatal-gatal dan kudis buta.
          Peria yang mengandungi insulin didalamnya yang mampu dijadikan penawar kencing manis.Hanya dengan meminum jus yang dihasilkan daripada beberapa biji peria pada setiap pagi,kandungan gula didalam darah dan air kencing dapat dikurangkan.