My Followers

Sunday, April 17, 2011

GIZI SIHAT

1.KUASA PENYEMBUH SUP AYAM
-Sup ayam merupakan makanan yang boleh dijadikan ubat penyembuh penyakit.Semangkuk sup ayam dipercayai mampu menyembuhkan demam,menjaga stamina dan menghalang wabak penyakit.Tambahan bawang putih dan lada didalam sup ayam mampu mencairkan kahak dan membuang lendir.Justeru, tidak hairanlah kebanyakkan doktor menyarankan pesakit-pesakit mereka memakan sup ayam panas ketika mengalami selsema, batuk dan demam.Malah khasiat sup ayam juga tidak terhad kepada isi-isi @ bahan sup sebaliknya wap yang terhasil ketika sup masih panas turut berkesan melegakan hidung tersumbat.


2.LOBAK MERAH-RAWAT LUKA
-Lobak merah sememangnya mempunyai banyak khasiat.Selain memiliki beta karotena yang bagus untuk mata, menurunkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko kanser, lobak merah juga boleh digunakan untuk merawat luka melecur akibat terkena minyak panas.Caranya mudah sahaja.Hanya rendamkan luka didalam air berais dan kemudian balutkannya dengan pembalut yang telah direndamkan didalam jus lobak merah.
-Jus lobak merah juga amat sesuai diamalkan oleh individu yang sedang berdiet kerana ia dapat menambah tenaga.

Wednesday, April 13, 2011

Award Follower!!



Terima Award Follower daripada Kak Noor Story of mama..
Terima kasih Kak Noor.....=)

Tuesday, April 12, 2011

POSKAD DARI NIEZA DI FINLAND



Assalamualaikum!
      Hari ini saya nak gantung kad pula. Tahniah diucapkan kepada Nieza yang berada jauh di Finland iaitu tuan punya blog OUR JOURNEY BEGINS di atas genapnya setahun blog Nieza itu. Semoga Nieza terus berkongsi cerita dan resepi-resepi istimewa lagi.
      Terima kasih di atas kiriman kad yang cantik ini dan saya akan simpan sebagai kenangan.

 p/s: Terima kasih daun keladi. Harap kita akan berjumpa melalui blog lagi......:)

Sunday, April 10, 2011

ADA LAGI AWARD





Ini adalah award yang ke-3 saya terima. Sekali lagi daripada Naz ,Cute Oven.
Terima kasih Naz. (Hari ini saya rasa nak jawab soalan-soalan dibawah.)


Here are rules to abide accepting this award :

1. Post linking back to the person that gave you the award :
  • Done!
2. Shara 7 random things about yourself :
  • Sy isteri kepada En.H
  • Mempunyai 4orang cahaya mata. 3perempuan dan seorang lelaki.
  • Hobi saya suka kumpul resepi dan membaca
  • Seorang yang penyabar,pendiam dan pemalu.
  • Saya suka warna purple
  • Berblogging adalah salah satu cara saya untuk hilangkan tension
  Rasanya cukuplah setakat ini sahaja yang bolah saya jawab. Tak bolah lebih-lebih nanti susah jadinya.
  (Ok tak Naz?)

4. Drop them a note and tell them about it
  • Done!

Seperti Naz, saya juga berbesar hati kalau yang ditag sudi mengambil award ini. Kepada sesiapa yang ingin menjawab soalan diatas, dipersilakan jawab. Kalau tak nak jawab pun tak apa.

Saturday, April 9, 2011

7 MAKANAN CEGAH BATUK DAN SELSEMA

Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu!


1) SUP AYAM
     Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.


2) MAKANAN PEDAS 
    Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.


3) BAWANG PUTIH
    Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah seulas dua bawang putih mentah.


4) AIR
    Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.


5) BUAH-BUAHAN SITRUS
    Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.


6) SUMBER VITAMIN C
    Selain buah-buahan sitrus kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang ,lada hitam, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk.


7) HALIA
    Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk selsema dan batuk.

Friday, April 8, 2011

AWARD LAGI



<a href="http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i797.photobucket.com/albums/yy254/dakkerek92/customer/awardzyla-1.gif" border="0" height="300" width="300" /></a>



Award ini daripada : ZILA (BLOG PABILA JEJARIKU MULA BERBICARA) http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com/

    Syukur alhamdulillah, dapat lagi award. Dulu daripada Naz (CUTE OVEN) sekarang daripada Zila pula. Terima kasih kerana sudi bagi award yang comel ini. Akak suka sangat-sangat dan menghargainya.

     Sebenarnya ingat nak berhenti daripada berblogging. Tapi selepas mendapat award daripada Naz dan sekarang daripada Zila ,ianya telah memberi semangat kepada akak untuk berblogging lagi.

      Thanks banyak-banyak untuk Naz dan Zila. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan hendaknya.

Monday, April 4, 2011

EKSTRA CANTIK

FACIAL MEMANISKAN WAJAH
  -Ambil sedikit gula ,percikkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan urut mengikut arah dari bawah ke atas. Butiran gula ibarat 'scrub' yang boleh membuang sel kulit mati dan menjadikan wajah lebih manis.


KHASIAT PUTIH TELUR
  -Putih telur diakui berkesan dalam menegangkan kulit wajah yang kian kendur. Bahkan ,ia juga mampu mengeluarkan sisa toksin dari permukaan kulit wajah, mencuci dan mengetatkan pori-pori.
     Bahan-bahan: 1biji telur
     Cara-cara: Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja. Pukul seketika dengan garfu ,kira-kira 30saat.    setelah kembang sedikit, sapukan pada kulit wajah dan pastikan ia rata. Sambil menunggu ia kering, elakkan  dari tergelak atau berkerut. Setelah masker kering, cuci wajah dengan air sejuk.