My Followers

Wednesday, February 16, 2011

SIHAT SEMULAJADI

1.PETAI:-
-Dalam perubatan tradisional melayu, petai dipercayai berkesan merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan masalah kekacingan.


2.UBATI DAAH TINGGI DENGAN CILI PADI:-
-Cili padi terbukti membantu dalam mengubati tekanan darah tinggi dan berfungsi sebagai pembersih bagi sistem pencernaan.Cili juga mengandungi hemostat iaitu suatu zat yang dapat menghentikan aliran darah semasa luka dan berperanan sebagai antiseptik dalam mengelakkan pembiakan bakteria pada permukaan luka.


3.PERIA PAHIT TAPI PENAWAR PENYAKIT:-
-Ia memiliki khasiat dalam mengubati penyakit diabates, kolestrol tinggi, sembelit, masalah hati dan hempedu.Peria dapat meningkatkan penghasilan sel beta oleh pankreas dalam meningkatkan kemampuan tubuh dalam penghasilan insulin, iaitu sejenis hormon yang berfungsi dan mengawal kepekatan glukosa dalam darah.


4.JAGUNG BERFUNGSI DARI ISI KE KULIT:-
-Amalan pengambilan jagung bukan sahaja dapat menguatkan tulang,gigi,rambut dan hati bahkan berfungsi dalam menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta menyelesaikan masalah pembuangan air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.Selain daripada itu, kulit dan bulu jagung boleh digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah dengan menumbuk kedua-dua bahan itu sehingga halus dan tampalkan pada kudis sehingga kering.


5.LOBAK MERAH UNTUK PENAMPILAN .EBIH CANTIK:-
-Lobak baik untuk penglihatan mata.Ia juga turut membantu dalam penyembuhan sembelit, asma, masalah gigi, kesukaran hidup, masalah pembuangan air kencing dan tekanan darah tinggi.Selain daripada itu, bagi golongan yang inginkan penampilan yang lebih cantik dan menarik, amalkanlah tabiat pemakanan lobak merah.Ia dapat memperbaiki dan menjaga kesihatan rambut dan kuku.Bagi kaum wanita pula, ia dapat meningkatkan aliran semasa menstrusi ataupun pengeluaran haid.Kandugan karotina yang tinggi dalam lobak dapat menjauhi tubuh daripada penyakit kanser dan penyakit jantung.Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah makan secara mentah.


6.LEMON MEMBASMI KUMAN:-
-Ia adalah antiseptik semulajadi.Ia mampu mengurangi jangkitan dan menghalang pembiakan kuman.Lemon juga berkesan dalam mengubati masalah kulit.Kini banyak lemon dipasaran kerana ia telah terbukti dapat mengubati sakit kerongkong, meningkatkan sistem ketebalan dan meyembuhkan deman.


7.RUMPAI LAUT HALANG PENUAAN:-
-Amalan pengambilan rumpai laut dapat membantu dalam proses pengubatan penyakit beguk dan kanser.Ia dipercayai mampu melambatkan proses penuaan, meningkatkan pertubuhan rambut dan mengurangkan penyakit asma dan bronkitis.

4 comments: