My Followers

Thursday, February 17, 2011

RESEPI MINUMAN 3

JUS EPAL TITORI:-


 BAHAN-BAHAN...
1/2 Biji timun                 1 biji tomato
1 batang seleri               2 biji epal


CARA-CARA:-
-Besihkan timun,tomato,seleri dan epal.Masukkan kedalam pengisar buah(juicer) satu persatu.
Tapis dan sedia dihidang.


INFO KESIHATAN:-
Berita baik untuk pengamal diet.Jus ini membantu anda mengurangkan berat badan.Ia kaya dengan nutrisi yang serat untuk membantu mengurangkan rasa lapar.Ambil jus ini diantara waktu makan bagi memberikan rasa kenyang berpanjangan.




JUS EPAL LOLIA:-


BAHAN-BAHAN:-
1 biji epal               3 batang lobak merah
1/2 inci halia


CARA-CARA SEPERTI DIATAS....


INFO KESIHATAN:-
Halia memang terkenal dengan khasiat penyembuhannya yang menakjubkan.Ia membantu mencegah dan merawat arthiritis.Gabungan tiga bahan ini memberikan lebih rasa dan meningkatkan lagi khasiatnya.Ia sesuai dijadikan sebagai salah satu minuman sihat sekeluarga.


JUS EPAL MELERI:-


BAHAN-BAHAN:-
3 biji epal hijau              1 batang seleri
1/4 biji bit merah


CARA-CARA SEPERTI DIATAS...


INFO KESIHATAN:-
Jus ini khas untuk wanita.Wanita mempunyai keperluan zat nutrisi berbezapada setiap peringkat umur.Jus istimewa ini membantu mengurangkan simptom Pms dan Menopaus.Ia juga memberikan vitamin dan mineral penting kepada wanita sebelum,semasa dan selepas mengandung.


CHOCOLATE BLENDED SPECIAL..


BAHAN-BAHAN:-
sedikit serbuk coklat                  sedikit air panas
sedikit susu pekat                       beberapa ketulan ais
sedikit aiskrim vanila


CARA-CARA:-
Masukkan sebuk coklat, air panas, susu pekat serta ketulan ais.Kisar sehingga hancur.Akhir sekali masukkan aiskrim dan kisar lagi sehingga sebati.Masukkan kedalam gelas dan hidangkan bersama sebuk coklat diatasnya.


INFO KESIHATAN..
Coklat kaya akan 'polyphenols',antioksidan yang melindungi sel-sel dan tubuh daripada radikal bebas penyebab penyakit.Coklat juga mengaktifkan zat kimia otak pembangkit semangat serotonin untuk mencegah tekanan darah tinggi.


JUS OREN SIHAT:-


BAHAN-BAHAN:-
2 biji buah oren                  sedikit nata de coco
3 sudu besar gula              2 sudu besar susu pekat
air


CARA-CARA:-
Kisar buah oren untuk mendapatkan jusnya.Tapis untuk membuans serat.Masukkan gula,susu dan air.Kisar bersama.Masukkan nata de coco.Jus oren sihat sedia untuk diminum.


ORANGE SHERBET....


BAHAN-BAHAN:-
200gm jus oren                          1/2 liter aiskrim
1/2 tin buah-buahan koktel


CARA-CARA:-
Aiskrim dicampurkan bersama jus oren.Letakkan buah-buahan koktel diatasnya.Sedia untuk dimakan.

9 comments:

  1. Good info berkenaan Jus ni. Bagi para pesakit kanser yg sedang menjalani rawatan pun memang disarankan untuk mengambil Jus buah2an ni, untuk menyejukkan badan

    ReplyDelete
  2. assalam saza..mokwo rasa momkwo sesuai minum itu jus epal melori..tah ke nak menop, sebb lately mood swing semacam jek!!

    ReplyDelete
  3. Aidah:Thanks,Aidah.

    Mokwo:Waalaikummussalam, Mokwo.Cubalh.Semua wanita sesuai minum jus ini.Saya pn nk cuba.Cuma tk tau kt mana nk cari bit merah tu...

    ReplyDelete
  4. jus titori tu mmg wajib dicuba! bestlah blog nie, banyak info!

    ReplyDelete
  5. salam saza..
    bagusnya resepi minuman tu.. byk khasiat dari jus2 yg dikongsikan tu.. terima kasih berkongsi. nak tanya sikit.. jus2 tu tak perlu tambah air masak ke? minum jus pure yg keluar dari buah2 & sayuran tu saja ye?

    ReplyDelete
  6. Madiha : Rasanya blh jg campur dgn a
    ir masak.Jadi jus tu tak lh pekat sgt.

    ReplyDelete