My Followers

Tuesday, April 30, 2013

MINYAK PALING MENYIHATKAN DI DUNIA

MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa yang dara iaitu minyak dara yang diproses tanpa menggunakkan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi.

Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Antara kebaikan dan khasiatnya :
  1. Mengurangkan kadar kolestrol
    - ia sendiri tidak mengandungi kolesterol
    - oleh itu, ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
  2. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
    -anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
  3. Tubuh lebih tahan serangan penyakit
    -kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
  4. Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
    -ia mempercepatkan penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
  5. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
    -sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  6. Keadaan berdengkur akan hilang
    -kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
  7. Mengelakkan risiko sakit kanser-minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  8. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
    -
    mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.

Dan banyak lagi khasiatnya. Copy paste dari Catalyst Nutraceutical (M) Sdn Bhd

Monday, April 29, 2013

PELBAGAI KHASIAT BUNGA MAWAR




  1. Ia selamat di makan begitu sahaja. Minyak pati bunga mawar mengandungi geraniol dan limoneira yang berfungsi sebagai antiseptik pembunuh kulat penyebab keputihan dan menambah daya ketahanan tubuh.
  2. Sering digunakan dalam bentuk minuman untuk menyembuhkan penyakit berkaitan hati dan usus.
  3. Bunga mawar kering yang direndam dengan secangkir air panas serta sedikit gula batu mampu merawat batuk berdarah jika diamalkan secara berterusan.
  4. Amalkan memakan kelopak bunga mawar sejak usia remaja membantu meremajakan kulit dan menjadikan wajah awet muda.
  5. Manakala air rebusan bunga mawar jingga bersama daun lidah budaya pula berupaya melancarkan haid wanita.

Wednesday, April 24, 2013

LAIN-LAIN KHASIAT CENGKIH


  • Dapat menguatkan otot-otot perut.
  • Dapat menghilangkan pening-pening kepala
  • Dapat menghilangkan geriak atau lendir dalam tekak
  • Dapat menawar cacing dalam perut
  • Dapat menawar sakit perut
  • Dapat mencuci perut dengan melancarkan perjalanan lendir dalam usus dan juga dalam perut
  • Dapat menambah darah putih
  • Dapat membunuh kuman penyakit kolera
  • Dapat memanaskan badan
  • Dapat menambahkan denyutan jantung

MINUMAN CENGKIH YANG BERKHASIAT



Bahan :
  1. 1 sudu serbuk teh
  2. 5 kuntum bunga cengkih
  3. 1 teko air panas mendidih
  4. Gula secukup rasa
Cara :

Tuangkan air panas dalam teko, masukkan serbuk teh, kacau dan biarkan selama kira-kira 7 minit.

Kemudian bila ia kembang, masukkan bunga cengkih, kacau-kacaukan, dan masukkan gula, kacau-kacaukan lagi hingga gula hancur. Tapis dan sedap diminum di kala panas-panas.

Monday, April 22, 2013

QIZI SIHAT

EFEK DIURETIK ASPARAGUS


  1. Asparagus dapat memperbaiki dan meningkatkan fungsi ginjal serta kaya kandungan gizi.
  2. Efek diuretik dalam sayuran berbatang hijau ini juga membantu melancarkan saluran kencing.
  3. Memakan asparagus bukan sahaja menjadikan saluran urin lebih lancar tetapi turut berkesan dalam menghilangkan kristal ginjal dan batu karang.
  4. Asparagus turut mengandungi vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, zink, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflovin, niasin, zat besi, fosforos, potassium, tembaga, mangan dan selenium serta kaya akan serat semulajadi yang dapat melancarkan sistem pencernaan.

Sunday, April 21, 2013

PETUA PENYAKIT

    CARA ATASI GASTRIK
      
   Menjelang bulan puasa penghidap gastrik pasti berasa risau. Untuk mengatasi masalah sakit akibat gastrik, anda boleh merendamkan tiga biji kurma kedalam susu suam selama 10 minit sebelum berbuka puasa. Selepas masuk waktu berbuka puasa, ,makan kurma terlebih dulu disusuli air susu itu.

   BAWANG MERAH LEGAKAN  SELESEMA BAYI

    Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Kemudian letakkan sedikit minyak masak. Sapukan pada ubun2 bayi secara membulat. InyaAllah selesema akan mudah sembuh 

  ELAK SENGGUGUT

   Untuk mengelakkan kesakitan, campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.Pastikan kuantiti kedua dua bahan sama banyak.Makan selama seminggu sebelum haid.