My Followers

Thursday, March 3, 2011

PETUA 2

PETUA UNTUK KENTANG

  • Sebelum membakar kentang,rendamkan ia ke dalam semangkuk air garam.Biarkan kentang selama 15minit.Kentang akan cepat empuk
  • Elakkan menyimpan kentang bersama-sama bawang dalam 1bekas.Tindakan ini akan menyebabkan ianya cepat busuk.
  • Sekiranya ingin menggoreng kentang,rendam kentang yang telah dipotong di dalam air sejuk.Biarkan selama 1/2 jam.Kentang goreng akan menjadi lebih rangup.
HILANGKAN BAU HANYIR IKAN
Ikan air tawar memang sedap dimakan.Tetapi tidak seperti ikan laut,anda perlu mengetahui cara membasuh dan memasaknya,jika tidak gulai yand dimasuk tidak luak dimakan.Untuk itu ambil sedikit kapur sirih dan dilarutkan ke dalam mangkuk yang berisi air.Rendamkan ikan selama 10@15minit.Sebelum dibilas bersih.Bau hanyir ikan akan hilang.

AIR KELAPA LEMBUTKAN KULIT
Air kelapa muda memang sedap diminum.Namun berbeza dengan air kelapa tua mampu melembutkan kulit.Caranya bersihkan muka dan keringkan.Lepas itu cuci muka dengan air kelapa tua dan biarkan kering sendiri.Lakukan 3x seminggu dan nantikan hasilnya.

MADU LEGAKAN INSOMNIA
Diserang insomnia memang menyeksakan.Badan letih tetapi mata tidak mahu terpejam.Sekiranya telah pelbagai petua dicuba dan anda masih gagal melelapkan mata,apa kata mencuba madu sebagai alternatif.Sesudah madu berupaya bertindak sebagai penenang dan ubat sekali sebelum tidur.

HALIA SINGKIRKAN KELEMUMUR
Kelemumur menyebabkan kulit kepala berasa gatal-gatal.Untuk itu ambil lebih kurang dua sentimeter halia,buang kulitnya dan tumbuk hingga hancur.Apabila kulit kepala berasa gatal,sapukan halia pada kulit kepala sambil menggosok-gosokknya.Anda mungkin berasa agak pedih.Lakukan beberapa kali.Bukan sahaja kelemumur tetapi rasa gatal kulit kepala akan hilang sekali gus.  


HILANGKAN TAHI LALAT
Bagi membuangnya tanpa perlu dibedah, cuba petua ini.Kisar nanas dan limau purut sehingga membentuk seperti krim.Kemudian,sapukan di tempat tahi lalat tersebut.Lakukan 2-3x sehari sehingga ia jatuh sendiri.

2 comments:

  1. Bagus petua ni,nampak simple tapi kita selalu tak tahu...hehee..(akak lah tu)

    ReplyDelete
  2. Zmah : Bukan k.zmah sorang je yg tk tau,rasanya rmai lg.Misalnya seblm ni saya tk jmpa lg petua hilangkn tahi lalat ni.Jadi suami saya tlh beli sejenis ubat yg brharga $80.Ubat tu kecil je,mahal pula.Selain drp tu,bila d sapu pd ketuat @ tahi lalat trasa sakit pula.Rasanya lbh baik cuba petua ni.Ia jg lbh menjimatkan.

    ReplyDelete