1) KARIPAP LBH RANGUP ;
Panaskan marjerin yg tlh d sukat brsama 1/2 cawan minyak.Biarkan ia mendidih,barulah di tuangkn dalam adunan tepung.
2) PISANG GORENG RANGUP DAN ENAK
Campurkan tepung beras dgn sedikit kapur sirih dan sebiji telur itik.
3) LEMBUTKAN KUIH DONAT
Semasa mengadun bahan-bahannya seperti marjerin, yis, jangan lupa mencampurkannya dengan 1/2 cawan susu segar.(bergantung pd kuantiti tepung gandum yg digunakan)
4) RANGUPKAN CUCUR
Masukkan 2 sudu minyak panas ke dalam bancuhan dan kacau bersama cucur udang, bilis, pisang, dll.
5) MERANGUPKAN JEMPUT-JEMPUT
Bancuh dgn menggunakan air masak yg disimpan dlm peti ais. Tidak perlu menggunakan serbuk penaik.
6) MINYAK LEMBUTKAN KUIH APAM
Masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yg siap dibancuh dan gaul.
hmm bagus petua ni..tq kak
ReplyDeleteSama-sama..
ReplyDelete