My Followers

Tuesday, November 6, 2012

PETUA UNTUK JERAWAT


1) PETUA HILANGKAN JERAWAT
->   Kisarkan daun & buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker & sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan 3-4 kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

2) PARUT JERAWAT @ CAMPAK
->   Untuk menghilangkannya, cubalah petua turun-temurun. Ambil segenggam daun cermai serta 2.5cm kunyit hidup & cuci bersih-bersih sebelum dimasukkan di dalam beras yang direndam semalaman. Kisar bersama secawan air. Sapu kisaran itu pada muka berparut & biarkan 30minit. Amalkan selalu. InsyaAllah selain menyejuk dan menyeri muka serta juga dapat menghilangkan parut campak & jerawat.

3) ATASI JERAWAT DENGAN PUTIH TELUR
->   Mula-mula cuci sehingga bersih wajah & setelah itu sapukan putih telur rata-rata. Sebaik-baiknya putih telur ayam kampung. Biar kering beberapa minit & bilas dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, insyaAllah wajah menjadi lembut, gebu & cerah.

Sunday, November 4, 2012

GIZI SIHAT


SAWI RAWAT PELBAGAI PENYAKIT




Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan sawi hijau adalah:-

1) BISUL
- Hanya dengan meminum 100ml jus campuran 25gm daun sawi segar bersama 125ml air sejuk 1 kali sehari, bisul yang dialami akan mengecut dan pulih dengan sendirinya.

2) SENGGUGUT
- Air rebusan daun sawi hijau segar yang kaya ekstrak klorofil jika diminum secara rutin dipercayai mampu mengatasi masalah senggugut pada wanita saat mengalami haid.

3) Sawi hijau juga dapat melancarkan air kencing dan radang ginjal.

Monday, October 29, 2012

JUS MANGGA


JUS MANGGA 
- Jus ini dapat membantu melegakan asma , bronchitas , sesak nafas & selsema.



*Gambar hiasan.

BAHAN-BAHANNYA:-
1 biji mangga masak
1 gelas air suam
1 sudu jus air limau nipis
2 sudu madu

CARA-CARANYA:-
- Kisar semuanya. Minum 2 kali sehari sehingga gejala penyakit hilang.



Saturday, October 27, 2012

PETUA PENYAKIT


1) PULIHKAN BATUK DENGAN SEGERA.
       Ambil 8 helai daun pudina & rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya, beberapa kali agar batuk anda tidak beterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan 8 helai daun pudina. 

2) ATASI SENGGUGUT DENGAN HALIA.
        Anda boleh mengurangkan kesakitan senggugut dengan mengambil segenggam halia & tumbuk sehingga lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam & biarkan halia tersebut mendap. Selawat  & minum air tersebut. Hasilnya kesakitan anda akan beransur hilang.

3) NILA UBATI PENYAKIT BEGUK.
        Penyakit beguk @ bengkak di bawah telinga dianggap penyakit bermusim & mudah berjangkit. Jika anda di antara ahli keluarga yang terkena penyakit ini , campurkan sedikit nila & cuka makan lalu sapu sekeliling telinga. InsyaAllah bengkak tersebut akan beransur hilang.   

Wednesday, October 24, 2012

6 MAKANAN ELAK SAKIT JANTUNG



1.    Makan 1 hidangan ikan dalam 7 hari mampu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung. Ikan boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 50%.
2.    EPAL (50%). Minum 12 auns jus epal @ makan 2 bij epal sehari. Mampu mengurangkan paras oksida kolesterol LDL. Epal juga berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.
3.    WALNUT (45%).
4.    MINYAK ZAITUN (40%). Ia ada 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol LDL tanpa menganggu HDL.
5.    KEKACANG (30%). Menghalang pembekuan darah & meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia sumber folik yang paling baik.
6.    OAT (29%). Penting untuk kesihatan sistem saraf. Membantu menurunkan tahap kolesterol & menguatkan sistem imun.

Thursday, October 18, 2012

TIP RAWAT PENYAKIT MULUT

(1). PENYAKIT : LIDAH TERBAKAR..

> Penyebab - Minuman & makanan panas seperti kopi, pizza & sup.
> Rawatan - Kumur mulut dengan 1 cawan air hangat bersama 1 sudu teh garam setiap hari.

(2). PENYAKIT : ULSER MULUT..
> Penyebab - Alahan terhadap makanan, stress & vitamin B.
> Rawatan - Elakkan makanan pedas & berasid. Campurkan 1 sudu garam & 1 sudu penaik di dalam 1 cawan air. Kumur 3-4 kali sehari.

(3). PENYAKIT : GUSI BENGKAK..
> Penyebab - Plak menimbun & makanan terselit di celah gigi & gusi.
> Rawatan -  Berus & flos gigi dengan bersih. Gusi akan berdarah tetapi ia membantu menyingkirkan makanan yang terselit & penyembuhan cepat.





Saturday, September 22, 2012

RESEPI HORLICK SPECIAL


SMOOTHIE PISANG HORLICKS


 
  
Gambar hiasan.

BAHAN-BAHAN:-
8 auns cecair susu sejuk-beku
1 biji pisang yang telah masak. Saiz sederhana (dibuang kulitnya & dihiris) 
1/4 cawan horlicks
1 sudu makan gula perang
1 sudu teh ekstrak vanila
4 kiub ais yang dihancurkan


CARA-CARANYA:-
1.   Gabungkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisarkan hingga lembut & berbuih.
2.   Hidangkan serta merta.

Friday, September 14, 2012

RESEPI MINUMAN


SIRAP BANDUNG LAICI








 *Gambar hiasan.

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan susu sejat penuh krim marigold        
1/2 cawan sirap laici                                      
1/2 cawan sirap ros
1 cawan ais
  
Pilihan Tambahan:-
 -sedikit buah laici   -sedikit cincau   -jagung krim manis

CARA PENYEDIAAN:-
1.   Masukkan ais ke dalam dua gelas tinggi bersama cincau, jagung krim manis dan buah laici. Kemudian, ketepikannya.
2.   Tuangkan susu sejat penuh krim marigold, ais, sirap laici dan sirap ros ke dalam pengisar.
3.   Kisar sehingga campuran menjadi halus.
4.   Kemudian, tuangkan ke dalam gelas tinggi tadi dan sedia untuk dihidang.


AIR KELAPA MUDA DENGAN LAICI
                                                                                                         
  *Gambar hiasan.

BAHAN-BAHAN:-
 1 biji kelapa muda
 1 tin laici

CARA MEMBUATNYA:-
1.   Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan masukkan ais.






Sunday, August 5, 2012

PETUA PENYAKIT

1- MENGURANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS

CARANYA:-
   Parut halus lobak putih dan embunkan semalaman atau simpan di dalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama hampasnya.
Amalkan cara ini selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh. Ia juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.




2-MENGHILANGKAN DEMAM KUNING BAYI

CARANYA:-
  Kisarkan daun kuchai. Ambil airnya lalu bilaskan pada tubuh bayi. Amalkan 2xkali sehari. InsyaAllah demam kuning akan sembuh.  





Thursday, August 2, 2012

. KHASIAT TERUNG .



 KHASIAT  TERUNG  SEBAGAI  PENAWAR  DALAM  PELBAGAI  PENYAKIT:--












1.MELAWASKAN  KENCING  -Selain kaya dengan serat terung juga boleh dikisar & di minum untuk melawaskan proses pembuangan air kencing.

2.MENGAWAL  TEKANAN  DARAH  TINGGI 
-Kandungan mineral fosfor & kalsium yang terkandung di dalam terung berupaya mengawal tekanan darah agar berada dalam keadaan stabil.

3.MENGHALANG KANSER & PENYAKIT JANTUNG
-Terung memiliki kandungan zat antioksidan yang dikenali sebagai monoterpene. Zat ini dipercayai dapat membantu melindungi tubuh daripada serangan kanser dan penyakit jantung.