My Followers

Thursday, September 15, 2011

BELIMBING

             






BELIMBING..




1)PENAWAR DARAH TINGGI 

BAHAN:-
1 Biji buah belimbing besar, berwana hijau
CARA:
Buang semua bijinya,ditumbuk,diperahm dan   ditapis
ambil airnya, kemudian diminum, secara berkali-kali.
cara ini juga dapat menawar penyakit kencing manis dan pitam-pitam.

2 Penawar  Batuk  
Bahan:
daun belimbing buluh.
bunga belimbing buluh.
buah belimbing buluh.

Semua  bahan  hendaklah dalam kuantiti yang sama banyak.

Cara: bahan-bahan hendaklah direbus dengan air yang berpatutan
 hingga mendidih, sejukkkan, tapis dan minum tiga kali sehari.

Monday, September 12, 2011


1-PENAWAR GATAL

BAHAN:-
1 Helai daun betik muda,ditumbuk dan direbus dengan air yang sepatutnya,biarkan sejuk.Kemudian ditapis dan diambil airnya.
1 1/2 sudu besar madu
CARA:-
Kedua-duanya bahan dicampur, dikacau rata dan diminum oleh orang yang berpenyakit gatal,1 gelas sekali minum sebanyak 3 kali sehari.

2-PENAWAR KENA API

BAHAN:-
Getah betik
CARA:-
Sapukan getah betik di tempat yang terkena api,ia dapat menghilangkan rasa sakit dan dapat mencegah daripada menjadi gelembung yang boleh mengoyakkan kulit yang boleh menyakitkan.
Cara yang sama juga boleh menawar ketuat dengan jalan menyapu getah betik pada ketuat 2 hari sekali selama 7 hari.

3-PENAWAR PERUT MEMULAS

BAHAN:-
1 Helai daun betik
CARA:-
Direbus dengan 6 gelas air hingga mendidih,sejukkan dan diminum 3 kali sehari,1 gelas tiap kali minum.
Cara ini juga dapat menjadi penawar berak berdarah. 

Thursday, September 8, 2011

BAWANG MERAH..

1)PENAWAR LUKA:-


BAHAN
3 Ulas bawang merah,ditumbuk lumut
sedikit asam jawa
CARA
Campurkan kedua-dua bahan tersebut,ramas-ramaskan,kemudian disapukan pada tempat luka.


2)PENAWAR GIGTAN NYAMUK:-


BAHAN
1 Ulas bawang merah dikupas
CARA
Potong bawang merah itu di bahagian atas atau bawahnya,kemudian genyeh-genyeh atau gosok-gosokkan di tempat yang kena gigit itu,


3)PENAWAR TERPIJAK PAKU BERKARAT:-


BAHAN
Bawang merah
Panggang bawang merah ke atas api,kemudian lecek-lecekkan sedikit supaya pecah,lalu tempelkan di tempat yang luka terpijak paku dan seterusnya dibalut kemas.


4)PENAWAR SELSEMA:-




BAHAN 

5 Ulas bawang merah,dimayang

1 sudu besar minyak kelapa
CARA
Kedua-dua bahan dicampur dan digaul hingga rata,kemudian dimakan begitu sahaja, ataupun dimakan dengan roti ataupun nasi sebagai ulam.