My Followers

Tuesday, March 22, 2011

INFO RAMBUT

1) TEH PAHIT TEBALKAN RAMBUT
     -Selepas membersihkan rambut, bilas rambut dengan teh pahit yang telah ditapis. Kemudian, keringkan rambut dengan tuala bersih. Dalam beberapa bulan rambut kamu akan nampak lebat dan hitam.


2) MASALAH RAMBUT KUSAM DAN GUGUR? 
    -Kamu boleh atasinya dengan resipi penyubur rambut ini. Bakar beberape biji buah keras (jangan sampai hangus). Kemudian tumbuk sehingga halus dan sapukan secara merata diseluruh rambut. Dalam masa yang sama, lakukan urutan ringan pada kulit kepala .Biarkan selama 15minit dan bilas dengan air suam. Lakukan kaedah ini sekali sehari sehingga pertumbuhan rambut menampakkan hasil.


3) RAMBUT BERKILAU
    -Nak tahu rahsia mudah rambut kekal berkilau? Senang saje. Campurkan 4sudu makan cuka dengan 3gelas air. Kemudian sapukan pada rambut dan lakukan urutan ringan .Selepas itu, bilas dengan 2gelas air yang telah dicampurkan dengan pati lemon. Lakukan secara teratur ,rambut akan kekal berkilau. 


4) KACANG HIJAU BANTU ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR.
    -Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.


5) HALIA SINGKIRKAN KELEMUMUR
   -Kelemumur menyebabkan kulit kepala berase gatal-gatal. Untuk itu ambil lebih kurang 2cm halia. Buang kulit dan tumbuk sehingga hancur. Apabila kulit kepala berasa gatal, sapukan halia pada kulit kepala sambil menggosoknya. Anda mungkin berasa agak pedih. Lakukan beberapa kali. Bukan sahaja kelemumur tetapi rasa gatal kulit kepala akan hilang sekali gus.

14 comments:

  1. suka sgt tips ni..akan dicuba serta merta.. rambut dah problem sgt nii..tq :-)

    ReplyDelete
  2. Cubalh mana tau ianya brkesan.Tp klu tk brkesan,jawabnya kena ikhtiar cara lainlh.Sb petua ni ada yg sesuai dgn kita & ada yg tk...

    ReplyDelete
  3. rmbt sy nie kdg2 ade mslh berminyak yg bermusim...perubahan hormon kot....syampu pun x jln...mmg bengang! kdg2 rs nak botakkan aje...

    ReplyDelete
  4. Tk kan lh sampai nk botak kot.Jgn lh mommy.. Kan rambut tu mahkota wanita.Ushalh dulu.Klu tk menjadi jg,nk wak camna,sabar je lh....

    ReplyDelete
  5. Cubalh fatien.Klu tk cuba kita tk tau,berkesan ke
    tak...

    ReplyDelete
  6. insyallah nk cube...rambut sgt bnyk gugur....

    ReplyDelete
  7. salam kenal...
    thanks kerana ada blog akak di "blog saya lawati"
    akak followwww...

    ReplyDelete
  8. Sama2 kak kasih...













    Slm kenal jg dr saya.Sama2 kak kasih....

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak jengah2 blog saya :) kalo sudi dtg la jalan2 lagi :)

    ReplyDelete
  10. Kak, nak tanya. Teh pahit uh teh yang biasa yang teh boh uh ke?

    ReplyDelete
  11. Ya,teh yg biasa yg tak d campur gula & pekat.

    ReplyDelete