My Followers

Tuesday, November 6, 2012

PETUA UNTUK JERAWAT


1) PETUA HILANGKAN JERAWAT
->   Kisarkan daun & buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker & sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan 3-4 kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

2) PARUT JERAWAT @ CAMPAK
->   Untuk menghilangkannya, cubalah petua turun-temurun. Ambil segenggam daun cermai serta 2.5cm kunyit hidup & cuci bersih-bersih sebelum dimasukkan di dalam beras yang direndam semalaman. Kisar bersama secawan air. Sapu kisaran itu pada muka berparut & biarkan 30minit. Amalkan selalu. InsyaAllah selain menyejuk dan menyeri muka serta juga dapat menghilangkan parut campak & jerawat.

3) ATASI JERAWAT DENGAN PUTIH TELUR
->   Mula-mula cuci sehingga bersih wajah & setelah itu sapukan putih telur rata-rata. Sebaik-baiknya putih telur ayam kampung. Biar kering beberapa minit & bilas dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, insyaAllah wajah menjadi lembut, gebu & cerah.

Sunday, November 4, 2012

GIZI SIHAT


SAWI RAWAT PELBAGAI PENYAKIT




Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan sawi hijau adalah:-

1) BISUL
- Hanya dengan meminum 100ml jus campuran 25gm daun sawi segar bersama 125ml air sejuk 1 kali sehari, bisul yang dialami akan mengecut dan pulih dengan sendirinya.

2) SENGGUGUT
- Air rebusan daun sawi hijau segar yang kaya ekstrak klorofil jika diminum secara rutin dipercayai mampu mengatasi masalah senggugut pada wanita saat mengalami haid.

3) Sawi hijau juga dapat melancarkan air kencing dan radang ginjal.