My Followers

Tuesday, June 14, 2011

KEMBALI LAGI....

           Terlebih dulu saya ingin memints mssf kerana lama tak bersiaran.Ini disebabkan berlaku beberapa masalah yang tidak dapat nak dielakkan.Ada 5 petua istimewa lagi yang saya nak hadiahkan kat sini.Tapi hari ini saya cuma bagi petua untuk bawang putih sahaja.Yang selebihnya, 4 petua lagi akan saya update pada masa akan datang.Harap semuanya sabar menunggu ya..!!


1.BAWANG PUTIH
Penawar sengatan
Bahan:-
2 ulas bawang putih dtumbuk lumat
CARA2:-
Tampal bawang tersebut pada tempat yang kena gigitan kala jengking atau lipan..


PENAWAR SAKIT KEPALA...
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
CARA2:-
Ppuk bawang putih itu diatas dahi


PENAWAR BATUK DAN LELAH..
Bahan:-
3 ulas bawang putih ditumbuk, diperah dan diambil airnya
1 sudu besar madu
1 sudu teh gula


Cara2:-
Ketiga-tiga bahan dicampur, lalu digaul hingga rata.Kemudian dimakan semua.


PENAWAR SAKIT GIGI
Bahan:-
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu teh minyak sapi


Cara2:-
Campurkan kedua-dua bahan dan dipanaskan sekejap.Kemudian sumbat ke dalam gigi lubang.


PENAWAR SELSEMA..
Bahan:-
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3 sudu besar madu


Cara2:-
Kedua-dua bahan hendaklah dicampur dan digaul rata.Kemudian diminum.
Cara ini juga boleh menawar penyakit kemasukan angin, batuk dan sakit kepala.

HADIAH DARIPADA BLOG ANTAN BERTINGKAH



Sukanya hati apabila ada orang yang bagi hadiah iaitu daripada kak  yus-http://antanbertingkah.blogspot.com
Dulu daripada kak Norsafoone..Ke2nya gambar bunga yang menjadi kesukaan saya.Semua bunga-bunga saya gemari kerana ianya mempunyai kecantikannya yang tersendiri.
    Terima kasih Kak Yus.....