My Followers

Tuesday, January 25, 2011

INFO PEMAKANAN.....

1.LEGAKAN BATUK DENGAN MADU
        Batuk menyebabkan tekak gatal-gatal dan rasa tidak selesa.Tahukah anda bahawa madu yang dicampur bersama secawan teh panas dan sedikit perahan lemon dapat membantu menghilangkan rasa gatal-gatal itu??Menurut kajian madu bersifat antibacteria di mana menjadi alternatif terapi sinusitis.


2.JUS KOBIS ATASI SEMBELIT
        Kobis bukan sahaja enak dimakan bahkan memberi manfaat kepada kesihatan.Kobis dipercayai melindungi tubuh daripada bahaya radiasi, memperlambatkan pertumbuhan tumor, mengatasi masalah kegatalan kulit dan sebagainya.Segelas jus kobis yang diminum 2 kali sehari membantu mengatasi masalah sembelit.


3.PERIA PENAWAR BISUL
         Disebalik pahit peria terselit 1000 kasiat buat tubuh manusia.Amalkan meminum campuran jus peria dengan 1 sudu teh jus limau dalam tempoh 4-6 bulan dapat merawat masalah darah kotor dan fungus seperti bisul, gatal-gatal dan kudis buta.
          Peria yang mengandungi insulin didalamnya yang mampu dijadikan penawar kencing manis.Hanya dengan meminum jus yang dihasilkan daripada beberapa biji peria pada setiap pagi,kandungan gula didalam darah dan air kencing dapat dikurangkan.

Tuesday, January 18, 2011

KESIHATAN KULIT

CANTIKKAN KULIT CARA TRADISIONAL:-

1.AIR BERAS-Untuk menengkan kulit wajah.
Air basuhan beras pertama boleh digunakan sebagai pembersih wajah.Biarkan ia kering sebelum dibersihkan sekali lagi degan air bersih.

2.BUAH TOMATO-Dapat melicinkan kulit muka.
Caranya,bersih wajah dengan air suam terlebid dulu.Kemudian gosok dengan buah tomato yang sudah masak ranun.Biarkan ia kering sebelum dibilas dengan air suam.
Buah tomato terkenal dengan kandungan iycopenenya yang mampu mencegah kedutan dan bintik hitam pada kulit akibat sinar matahari.Makan banyak tomato juga dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar matahari.

3.PISANG MUDA;-
Sapukan pisang muda(yang bijinya yang masih berlendir) pada wajah dan ia boleh melicinkan kulit wajah agar nampak muda sentiasa.

4.BELIMBING BESI DAN ASAM JAWA:
Campuran belimbing besi dan asam jawa digunakan sebagai pembersih kulit.Ramas kedua-duanya.Kemudian sapu pada seluruh badan.Ia mampu menanggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal.

5.BERAS PULUT
Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus, boleh digunakan dengan mencampurkannya bersama bedak sejuk untuk dijadikan lulur.Gosokkan ramuan ini pada keseluruh badan.Ia bertindak menanggalkan daki dan sel-sel mati.

6.DAUN INAI
Daun inai ditumbuk halus dan disental pada kulit wajah.Ia berfungsi menghaluskan kulit, menghilangkan jerawat dan memudarkan bekas parut pada wajah.

7.TIMUN
Air timun mengandungi bahan astringent yang baik untuk kulit berminyak dan berperanan sebagai pemutih.Untuk menjadikannya sebagai pemutih hancur,hancurkan 1/2 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu susu segar.Sapukan pada wajah dan biarkan beberapa minit,lalu dibilas dengan air bersih.

8.GULA PASIR
Skrub semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah.Caranya campurkan 1 sudu makan gula halus dengan 1 sudu makan madu.Selepas itu, jadikannya sebagai skrub.

9.MADU
Bersihkan wajah dan sapukan sedikit madu pada jerawat kerana madu mengandungi zat antibakteria yang dapat mengurangkan jerawat.

10.LEMON 
Tahukah kamu!!!!Lemon banyak mengandungi vitamin A,C B1,B2 dan B3 dan ia sesuai untuk kulit jenis berminyak.Caranya,tambahkan 1 sudu teh jus lemon pada putih telur, kemudian kacau sehingga sebati.Selepas itu sapukan rata pada wajah dan biarkan selama 10minit.Setelah itu bersihkan dengan air suam.

Friday, January 14, 2011

PETUA MENGUBATI PENYAKIT 2

1. ATASI MASALAH JERAWAT:-

  • Caranya campurkan 1 sudu makan air perahan limau nipis dengan 1 sudu makan madu yang telah dipanaskan.Bila sejuk sapukan pada wajah dan biarkan 30 minit.Madu mengandungi zat antiseptik yang mampu membunuh kuman penyebab jerawat,manakala limau nipis pula mampu mengurangkan kadar minyak yang berlebihan pada kulit wajah.Gunakan setiap hari sehingga jerawat hilang.
2.MENCEGAH KEDUTAN:-

  • Betik boleh meremajakan kulit.Caranya hancurkan, betik yang benar-benar masak dan campurkannya dengan 1 sudu teh madu.Biarkan 20minit.Betik mengandungi estrogen yang mampu meremajakan kulit wajah dengan cara menanggalkan sel-sel kulit mati dan mencegah kedutan.Lakukan seminggu sekali.
3. MENAIKKAN SERI WAJAH:-

  • Wajah yang segar dan berseri pasti menjadi idaman seratu sehari.Untuk menaikkan seri wajah, cuba petua ini.Rendam teh semalaman.Kemudian sapukan air rendaman tersebut pada keseluruhan wajah sebelum mandi.Amalkan  selalu sebelum tibanya majlis perkahwinan.InsyaAllah wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan segar.
4. HILANGKAN DAKI DI LEHER:-
Caranya kisar 3 sudu tepung gandum,3 sudu oat, dan 1/2 cawan tairu masam sehingga halus.Kemudian bancuh sehingga pekat dan sapukan pada leher.Biarkan selama 15 minit.Untuk membersihkannya gosok leher dengan menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam.Lakukanlah 2 minggu sekali secara konsiten.


5. HILANGKAN LOYA KETIKA HAMIL:-

  • Caranya rendamkan 1 inci halia,1 batang serai,2 kuntum cengkih, kulit kayu manis dan seketul gula batu didalam segelas air mendidih.Tutup dan biarkan semalaman.Amalkan minum pada waktu pagi dan malam.InsyaAllah rasa loya dapat dikurangkan. 

Thursday, January 6, 2011

PETUA MENGUBATI PENYAKIT

ANEMIA:-

  • Tumbuk dua genggam daun bayam merah sehingga halus.Campurkan 1 sudu air limau nipis, lalu ditapis.Campur pula 1 sudu madu dan 1 biji telur lalu dikacau hingga sebati.Minum1 kali semiggu.
CIRIT-BIRIT:-

  • Bersihkan 10 batang akar bayam merah lalu ditumbuk halus.Campurkan garam halus.Kemudian gaul dan ditapis.Minum hingga habis.
MENGUATKAN AKAR RAMBUT:-

  • Tumbuk 1 ikat bayam segar bersama sedikit garam.Gaul lalu ditapis.Amalkan 2-3 kali seminggu.
MELANCAR PROSEES PEMBUANGAN AIR KECIL:-

  • Ambil beberapa helai daun terung untuk dimasak bersama air.Bila mendidih, minum air tersebut samada dengan gula atau tidak.
MENGATASI GANGGUAN KULIT:-

  • Ambil 1 potong terung segar.Belah dan sapu bahagian isi dalamnya ke kulit.Ia sungguh efektif untuk mengubati kutil, bisul @ luka gigitan serangga.
MENGHENTKAN KEBIASAAN MEROKOK:-
  • Hisaplah sehiris limau nipis.Rasanya yang masam segar membuatkan anda terangsang untuk meminum air putih.Lakukan beberapa kali sehari.Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok,juga membantu membersihkan nikotin yang terdapat pada gigi dan mulut.