My Followers

Monday, March 28, 2011

SENYUM SEINDAH SURIA

PETUA UNTUK GIGI PUTIH BERSERI:-
-Campurkan kuantiti kecil serbuk penaik dengan air hingga agak pekat adunannya.Kemudian sental pada gigi yang bermasalah.Ini kerana serbuk penaik dikatakan berupaya menghilangkan kotoran degil pada gigi.


INFO CANTIK


EPAL:-
-Epal dan salderi ternyata mampu membersihkan noda pada permukaan gigi.Cubalah makan epal dan salderi setiap hari.Senyumanmu akan bertambah cantik dengan barisan gigi yang bersih dan putih.


TAHUKAH KAMU..??Buah-buahan juga dijadikan masker!!Cara mudah ....Hancurkan epal tanpa air.Kemudian ratakan pada wajah..Keistimewaan,epal dapat meneutralkan kulit yang berminyak.

Tuesday, March 22, 2011

INFO RAMBUT

1) TEH PAHIT TEBALKAN RAMBUT
     -Selepas membersihkan rambut, bilas rambut dengan teh pahit yang telah ditapis. Kemudian, keringkan rambut dengan tuala bersih. Dalam beberapa bulan rambut kamu akan nampak lebat dan hitam.


2) MASALAH RAMBUT KUSAM DAN GUGUR? 
    -Kamu boleh atasinya dengan resipi penyubur rambut ini. Bakar beberape biji buah keras (jangan sampai hangus). Kemudian tumbuk sehingga halus dan sapukan secara merata diseluruh rambut. Dalam masa yang sama, lakukan urutan ringan pada kulit kepala .Biarkan selama 15minit dan bilas dengan air suam. Lakukan kaedah ini sekali sehari sehingga pertumbuhan rambut menampakkan hasil.


3) RAMBUT BERKILAU
    -Nak tahu rahsia mudah rambut kekal berkilau? Senang saje. Campurkan 4sudu makan cuka dengan 3gelas air. Kemudian sapukan pada rambut dan lakukan urutan ringan .Selepas itu, bilas dengan 2gelas air yang telah dicampurkan dengan pati lemon. Lakukan secara teratur ,rambut akan kekal berkilau. 


4) KACANG HIJAU BANTU ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR.
    -Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.


5) HALIA SINGKIRKAN KELEMUMUR
   -Kelemumur menyebabkan kulit kepala berase gatal-gatal. Untuk itu ambil lebih kurang 2cm halia. Buang kulit dan tumbuk sehingga hancur. Apabila kulit kepala berasa gatal, sapukan halia pada kulit kepala sambil menggosoknya. Anda mungkin berasa agak pedih. Lakukan beberapa kali. Bukan sahaja kelemumur tetapi rasa gatal kulit kepala akan hilang sekali gus.

Monday, March 14, 2011

PEMBERSIH SEMULAJADI

  1. PERABOT-Campurkan dengan nisbah 50-50 cuka dan minyak zaiton ke dalam bekas.Percikkan sedikit pada permukaan perabot.Lapkan dengan tuala bersih.Perabot lebih bersih tanpa toksik.
  2. PETI SEJUK-Rendam seketika tuala bersih dalam campuran air sejuk dan sedikit serbuk penaik.Lapkan dalam peti sejuk.Kemudian perah 1 biji lemon ke dalam 1mangkuk air panas,tabur sedikit garam.Letakkan dalam peti dan biar 1 jam.Proses ini akan menyinkirkan bau kurang enak dan menyinkirkan toksik.
  3. MANGKUK TANDAS-Taburkan sedikit serbuk penaik disekeliling mangkuk tandas.kemudian bilas guna 1/3cawan cuka dan beruslah.Lakukan 1bulan 1x.

Monday, March 7, 2011

PERFUME TAHAN LEBIH LAMA

1) Perfume hendaklah ditutup rapat dan disimpan di tempat yang sejuk, kering dan tidak terkena sinar matahari secara langsung.

2) Untuk membuatkan aromanya lebih tahan lama, sebaiknya semburkan sedikit pada rambut, leher dan belakang telinga. Semburan seperti ini dapat membuatkan aromanya berbau harum, manis dan kekal sepanjang hari.

3) Semakin tinggi kepekatan minyak, semakin wangi dan tahan lama. Ia sesuai untuk semburan malam, manakala untuk siang hari minyak wangi jenis eau de perfume dan eau de toilette adalah pilihan yang sesuai.

4) Sebaiknya semburkannya pada bahagian yang memiliki denyutan nadi seperti pergelangan tangan, pelipat tangan (siku) dan leher.

5) Hindari menyemburkannya terlalu banyak di belakang telinga dan dekat dengan bahagian wajah. Jika tidak kulit akan menjadi bertambah kering.

Thursday, March 3, 2011

PETUA 2

PETUA UNTUK KENTANG

  • Sebelum membakar kentang,rendamkan ia ke dalam semangkuk air garam.Biarkan kentang selama 15minit.Kentang akan cepat empuk
  • Elakkan menyimpan kentang bersama-sama bawang dalam 1bekas.Tindakan ini akan menyebabkan ianya cepat busuk.
  • Sekiranya ingin menggoreng kentang,rendam kentang yang telah dipotong di dalam air sejuk.Biarkan selama 1/2 jam.Kentang goreng akan menjadi lebih rangup.
HILANGKAN BAU HANYIR IKAN
Ikan air tawar memang sedap dimakan.Tetapi tidak seperti ikan laut,anda perlu mengetahui cara membasuh dan memasaknya,jika tidak gulai yand dimasuk tidak luak dimakan.Untuk itu ambil sedikit kapur sirih dan dilarutkan ke dalam mangkuk yang berisi air.Rendamkan ikan selama 10@15minit.Sebelum dibilas bersih.Bau hanyir ikan akan hilang.

AIR KELAPA LEMBUTKAN KULIT
Air kelapa muda memang sedap diminum.Namun berbeza dengan air kelapa tua mampu melembutkan kulit.Caranya bersihkan muka dan keringkan.Lepas itu cuci muka dengan air kelapa tua dan biarkan kering sendiri.Lakukan 3x seminggu dan nantikan hasilnya.

MADU LEGAKAN INSOMNIA
Diserang insomnia memang menyeksakan.Badan letih tetapi mata tidak mahu terpejam.Sekiranya telah pelbagai petua dicuba dan anda masih gagal melelapkan mata,apa kata mencuba madu sebagai alternatif.Sesudah madu berupaya bertindak sebagai penenang dan ubat sekali sebelum tidur.

HALIA SINGKIRKAN KELEMUMUR
Kelemumur menyebabkan kulit kepala berasa gatal-gatal.Untuk itu ambil lebih kurang dua sentimeter halia,buang kulitnya dan tumbuk hingga hancur.Apabila kulit kepala berasa gatal,sapukan halia pada kulit kepala sambil menggosok-gosokknya.Anda mungkin berasa agak pedih.Lakukan beberapa kali.Bukan sahaja kelemumur tetapi rasa gatal kulit kepala akan hilang sekali gus.  


HILANGKAN TAHI LALAT
Bagi membuangnya tanpa perlu dibedah, cuba petua ini.Kisar nanas dan limau purut sehingga membentuk seperti krim.Kemudian,sapukan di tempat tahi lalat tersebut.Lakukan 2-3x sehari sehingga ia jatuh sendiri.